11 Selebriti Malaysia Yang Sebenarnya Ada Pertalian Saudara..

Sebenarnya ramai di kalangan selebriti Malaysia yang berada dalam kelompok keluarga yang sama

Ada yang memang adik beradik dan ada juga yang hanya ada pertalian saudara “bau-bau bacang”

1. Salih Yaacob & Johan

Johan merupakan seorang pelawak dan pengacara popular Malaysia sejak tahun 2017. Beliau penah memenangi Maharaja Lawak Mega 2012 bersama Zizan dengan nama Jozan

Johan merupakan anak saudara kepada pelawak veteran, Salih Yaacob yang kini bekerja sebagai DJ di stesen radio Sinar

2. Fizo Omar & Noniswara

Sebenarnya ramai yang tidak menyangka yang Fizo Omar adalah adik tiri Noniswara kerana mereka jarang memuatnaik gambar bersama.

Noniswara juga hadir ketika majlis pernikahan Mawar dan Fizo Omar.

3. Memey Suhaiza & Adik beradik Ngasri

Memey Suhaiza pernah menjadi pelakon tetapi sudah tidak aktif kerana sibuk menguruskan keluarga dan bisnes sendiri.

Beliau sebenarnya anak saudara kepada adik beradik Ngasri iaitu Bell Ngasri, Anne Ngasri dan Darling Ngasri.

4. Miller Khan & Sabrina Ali

Miller khan adalah pelakon berasal dari Malaysia tetapi lebih terkenal di Indonesia. Beliau pernah muncul dalam video kempen raya Neelofar Hijab bersama-sama Neelofa.

Miller Khan sebenarnya adik tiri kepada Sabrina Ali yang juga seorang pelakon di Malaysia

5. Aisyah & Aliff Aziz

Aisyah aziz merupakan bekas pelajar akademi fantasia 10 pada tahun 2013. Kini beliau menjadi salah seorang penyanyi yang sangat berbakat dan sedang meningkat naik di Malaysia.

Beliau sebenarnya adik kandung kepada penyanyi dan pelakon popular Malaysia, Aliff Aziz.

6. Wan Sharmilla & Wan Maimunah

Wan Sharmila merupakan seorang pelakon yang mula bergiat aktif pada tahun 2005 dan telah berlakon banyak drama dan filem.

Beliau yang sering membawa watak pembantu tetap memberi impak dalam sesebuah drama kerana lakonannya yang sangat baik.

Wan Sharmila sebenarnya anak saudara pelakon veteran yang cukup dikenali, Wan Maimunah. Beliau juga antara selebriti yang mempunyai rekod bersih tanpa sebarang kontroversi

7. Syamsul Yusof – Fattah Amin & Sabrina Ali

Baru-baru ini Fattah Amin dan Syamsul Yusof baru selesai membintangi filem aksi hebat, KL Special Force.

Fattah Amin sebenarnya adalah anak saudara Yusof Haslam dan juga sepupu kepada Syamsul Yusof. Malah, Sabrina Ali juga adalah sepupu Syamsul Yusof dan dua pupu Fattah Amin

8. Ernie Zakri – Anuar Zain & Ziana Zain

Ernie Zakri merupakan juara Bintang RTM pada tahun 2009 dan mula popular menerusi pertandingan Duo Star bersama Syamel

Beliau kemudiannya memenangi Anugerah Vokal Terbaik di AJL-32 untuk lagu Aku Cinta duet bersama Syamel

Walaupon mempunyai ibu dan bapa saudara seperti Anuar Zain dan Ziana Zain, Ernie mahu dikenali atas usaha sendiri.

9. Sherry Al-hadad – Sharifah Sakinah & Sharifah Shahirah

Sherry merupakan pelakon, pelawak dan pengacara yang sedang meningkat naik di Malaysia. Gadingan beliau bersama Alif Satar sebagai pengacara majlis selalu mendapat pujian dari netizen Malaysia.

Sherry sebenarnya ibu saudara kepada Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahirah

10. Faizal hussein & Rosyam Nor

Rosyam Nor dan Faizal Hussein adalah sepupu dan kali pertama berlakon bersama dalam Gila-Gila Pengantin pada tahun 1986.

Menurut Rosyam, minatnya terhadap lakonan terjadi apabila selalu mengikut Faizal Hussein ke lokasi pengambaraan. Kini mereka masih lagi aktif berlakon dan masih diberi peluang untuk berlakon bersama-sama dalam filem

11. Ella & Kaka Azraff

Kaka Azraff merupakan penyanyi yang mula popular dengan lagu “Bawaku Pergi” duet bersama Zizan

Beliau sebenarnya mempunyai pertalian darah (anak saudara) dengan Ratu Rock Malaysia iaitu Ella.

Sebenarnya ramai lagi selebriti yang ada pertalian saudara dengan selebriti yang lain.

Yang pasti, mereka ini sama-sama naik dan berjaya dalam industri hiburan Malaysia. Bagus kan?

Video

Sumber: missviraltv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *