14 Foto Artis Popular Malaysia Semasa Kecil..

Zaman dahulu tiada internet, tiada iPad, tiada iPhone, pendek kata semua permainan geek tiada. Kalau hendak bermain, kena angkat kaki dan gerakkan badan. Tanpa alat pun tidak mengapa. Hanya gunakan imaginasi ke atas barang-barang di persekitaran, dan walla, kita sudah seronok bermain. Hidup sungguh ringkas tetapi masih sungguh menggembirakan. Mari imbas kembali 14 Foto Artis Popular Malaysia Semasa Kecil, Tak Sangka No.10 Tak Berubah Comel Sangat! Cuba Tengok!

1.Nabila Huda

Comelnya dia debab!

Nabila Huda binti Suhaimi (lahir 2 Disember 1984) atau lebih popular sebagai Nabila Huda ialah seorang pelakon Malaysia kelahiran Kuala Lumpur yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis. Nabila ialah anak sulung kepada legenda rock Amy daripada kumpulan Search.[

Nabila Huda dilahirkan pada 2 Disember 1984 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada penyanyi rock terkenal dan vokalis kumpulan Search, Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search. Nabila yang lebih mesra dengan panggilan Abil mempunyai empat adik-beradik berlainan ibu — Irisha Myra (lahir 1997), Alexander Zulkarnain (lahir 2003), Sania Samara (lahir 2005) dan Qaqa At-Tameemi (lahir 2008).

2.Sharol Shiro
Cuba teka yang mana satu Sharol Shiro? Dia yang kat belakang tu. Yang pakai baju bintik-bintik harimau.

Shahrol Azizie bin Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro (lahir 16 Julai 1984) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara. Sekarang, beliau berjaya membuka francais SS Bubur Ayam & menubuhkan “Aku Budak Kluang” untuk golongan belia di Kluang, Johor.

3.Scha Al yahya
Lelaki yang sebelah dia tu Syed Sobri. Kalau tak salah bapa saudaranya Syed Sobri ni amat popular zaman2 80an duhulu.

Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara serta peragawati di Malaysia. Beliau mula dikenali ramai selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung di televisyen menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak undangan sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania (2008-2010) sekaligus melancarkan kerjayanya sebagai pelakon. Selepas berlakon dalam beberapa siri TV, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar sebagai pelakon utama menerusi filem Antoo Fighter (2007). Kredit filemnya yang lain termasuk Histeria (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Awan Dania The Movie (2012).

4.Akim
Muka suci sangat ni. Paling tak berubah dah tentu mulut dia. 24 jam ternganga je. Hiks!

Afiq Hakim bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim Ahmad (lahir 18 Januari 1991) adalah merupakan penyanyi utama yang terkenal di Malaysia dan juga salah seorang bekas pelajar daripada program rancangan realiti iaitu Akademi Fantasia musim ketujuh. Beliau juga merupakan anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an iaitu Sofie S dan pemain bass kumpulan rock 90-an iaitu Mat Mega yang terkenal dengan lagu Bayangan Gurauan dan Takdir Dan Waktu. Beliau juga berasal dari daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Namun kini, beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.

5.Stacy
Stacy yang kiri sekali. Baju ada doll tu.

Stracie Angie Anam atau Ummu Shaikhah Stacy binti Anam atau lebih dikenali sebagai Stacy (lahir 18 Ogos 1990 di Kota Kinabalu, Sabah) merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal dan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6. Beliau berasal dari Kampung Tuavon, Penampang di Sabah.

6.Faezah Elai
Yang ni tak payah teka la. Muka dari kecik sampai besar tak berubah. Faezah Elai yang pegang daun tu ye adik-adik.

Noor Faezah Md Elai (lebih dikenali dengan nama Faezah Elai) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia yang berketurunan Punjab dan Thai. Beliau berasal dari Gelugor, Pulau Pinang dan dilahirkan pada tahun 1982.

7.Diana Danielle
Kecoh jugak cerita dia bergambar seksi tu kan?? Tapi tengok gambar dia masa kecil, memang comel je mata bulat.

Datin Diana Danielle Danny Beeson atau lebih dikenali sebagai Diana Danielle (lahir 22 November 1991) merupakan salah seorang pelakon wanita Amerika Malaysia.[1] Dari kerjayanya sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola (2002) dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Air Mata Maria (2007).

8.Rita Rudaini
Sebelah tu abang dia. Bila tengok muka abang dia tu baru perasan sebenarnya wajah anak-anak Rita ni memang ikut belah Rita. Takde pun yang ikut muka cam belah bekas suami dia kan?? Sikit-sikit je ada tapi banyaknya ikut muka keluarga Rita.

Rita Rudaini (dilahirkan sebagai Rita Rudaini binti Mokhtar; 11 April 1976) merupakan salah seorang pelakon wanita dan model popular di Malaysia. Dilahirkan di Kangar, Perlis, beliau membintangi banyak drama TV tempatan. Biarpun agak jarang muncul di layar perak, Rita dikenali melalui filem “Mami Jarum Junior” hingga memberikannya nominasi untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM) pada tahun 2004.

9.Hafiz Suip
kecik-kecik dah menyanyi rupanya. Patut la vokal mantap! Dulu kalau besar-besar camni kalau menyanyi memang nak kena bebel dengan opah la. Dan-dan dia suruh mengaji. Hahahah!

Mohd Hafiz bin Mohd Suip (lahir 27 Februari 1990) ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula popular semenjak menjuarai musim ketujuh Akademi Fantasia.

Hafiz adalah yang tersulung di kalangan tiga adik-beradik yang berasal dari Kuching, Sarawak. Setelah menghabiskan pelajaran di SMK St Joseph, beliau menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia pada awal tahun 2009 setelah lulus dalam uji bakat di Kuching. Pada bulan Mei, Hafiz yang ketika itu berusia 19 tahun merangkul gelaran juara Akademi Fantasia musim ini.[2] Sebagai berkongsi kenangan dengan para peminat, Hafiz turut mengacarakan rancangan istimewa Menuju Puncak di Astro Ria tidak lama kemudian.

10.Tiz Zaqyah
Memang muka sama kan??

Siti Zaqyah binti Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tiz Zaqyah (lahir 25 Oktober 1988) ialah seorang pelakon, model dan penyanyi Malaysia. Tiz memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak sampingan dan lakonan pertama beliau adalah dalam siri drama televisyen Gol & Gincu The Series. Pada tahun 2009, Tiz memegang watak utama dalam drama Nur Kasih yang membuat beliau dikenali dan dicalonkan dalam pelbagai anugerah. Tiz dikenali menerusi watak Nur Amina dalam Nur Kasih dan drama ini melayakkan beliau menerima anugerah “Pelakon TV Wanita Popular” di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.[1]

11.Fazura
Dari kecik dah cantik!

Nur Fazura binti Sharifuddin (lahir 27 September 1983) atau lebih dikenali sebagai Nur Fazura (beliau juga dikreditkan sebagai Fazura Sharifuddin atau Fazura sahaja) merupakan pelakon, pengacara, model, penyanyi[1] dan VJ wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil. Beliau merupakan pengacara rancangan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Teens World. Pada tahun 2004, beliau melancarkan kerjaya filem beliau dengan memainkan peranan utama dalam filem Bicara Hati arahan Rosnani Jamil yang melayakkan beliau menerima pencalonan anugerah. Kemudian pada tahun 2005, beliau membintangi watak utama sebagai Putri dalam filem Gol & Gincu.

12.Juliana Evans
Mak dia melayu kan?? Dia ni seksi sangat la sekarang. Mujur tak kahwin dengan Sam Bunkface. Sebab Sam tu nampak cam alim sikit. Heheheheh!

Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans ialah seorang pengacara, pelakon dan model iklan dari Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Julai 1989 [nota 1] di Shah Alam, Selangor. Juliana mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan “Remaja” di TV3. Beliau mencipta populariti sebagai pengacara TV yang petah hingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH). Juliana mencipta rekod sebagai pengacara wanita paling muda yang pernah dicalonkan dalam kategori itu iaitu ketika berusia 19 tahun. Kini, beliau beralih ke stesen televisyen Astro dengan mengendalikan program Era TV. Selain aktif mengacara, Juliana mencuba bakat dalam bidang lakonan namun bakatnya masih belum terserlah sepenuhnya. Kini, bakatnya semakin terserlah dalam beberapa buah drama dan filem lakonannya.

13.Johan As’ari
Sebelah tu kakak dia. Dia yang baring tu. Comel kan? Dah besar kacak pulak. Eh!!

Johan Ariff bin As’ari atau lebih dikenali sebagai Johan As’ari (lahir 3 Disember 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang mula menempa nama di layar kaca televisyen Malaysia sejak tahun 2011 menerusi watak Botak dalam siri TV Juvana. Beliau merupakan anak kepada Datuk As’ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

14.Kila Fairy
Kecik-kecik dah comel, besar lagi lah kan, hehe!

Syakila Nisa binti Jahangir Khan (lahir pada 17 Mei 1992) atau lebih dikenali sebagai Kilafairy (Jawi: كيلفاايري) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.

Amacam? Comel tak?

Sumber:sweetnutella

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *