Umum

Elly Mazlein sekali lagi menarik tumpuan netizen Turun Padang Sental Periuk.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih.

Seperti yang diwar-warkan pihak media sebelum ini bahawa Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom akan mengadakan lima majlis sepanjang perkahwinannya dengan suami, Muhamad Azlan. Dan semalam adalah hari terakhir untuk majlis yang dirancang iaitu menyambut menantu.


Sumber Instagram.

MAJLIS SIMPLE TAPI PENUH MERIAH.

Difahamkan majlis menyambut menantu ini diadakan di kampung kelahiran suami iaitu di Laloh, Kuala Krai. Biarpun sederhana, dapat dilihat majlis yang diadakan sangat meriah dengan alunan kompang dan kehadiran tetamu di pihak lelaki.


Sumber Instagram.

Pelamin pada hari tersebut juga boleh dipuji kerana sangat minimalis dan tidak terlalu sarat dengan hiasan. Maka dengan itu selesai lah sudah kelima-lima majlis yang dimaksudkan. Tak kurang hebatnya apabila Kak Lina dan Azlan dilihat sangat bahagia semenjak bergelar suami isteri.

PENGANTIN KENA BASUH PERIUK KUALI.

Dalam adat melayu, setelah selesai sesuatu acara majlis perkahwinan, pasangan pengantin perlu mengambil alih tanggungjawab dalam mengemas serta membasuh segala jenis macam periuk belanga yang digunakan dalam merewang.

Kak Lina sekali lagi menjadi tumpuan apabila tanpa solekan tebal ataupun baju mahal turun padang dalam membersihkan periuk. Tidak keseorangan, Kak Lina melakukan aktiviti tersebut bersama ibu mertua dan juga ipar duai sekali gus menunjukkan keakraban keluarga mereka.

DAH MACAM KAMPUNG PEOPLE.

Secara tidak langsung watak Kak Lina dalam drama Kampung People diterjemahkan pada kali ini sejurus majlis menyambut menantu. Hanya mengenakan baju tshirt biasa dan juga selipar berenda sekali gus menghiburkan para peminat.

Perkongsiannya ini mendapat bermacam-macam reaksi pengguna instagram. Bukan sekadar dipuji seorang yang merendah diri, netizen dilihat sempat berseloroh mengatakan bahawa Kak Lina maintain hot biarpun dalam keadaan tonyoh kerak kuali.


Sumber Instagram.

Tak lupa juga ada yang mendoakan agar perkahwinan yang bina kali ini kekal bahagia untuk mereka berdua dan menjadi isteri yang baik buat Cikgu Azlan kelak.

Antara komen warganet.

Teringat pula masa thn 2006..lps kenduri.. kami pengantin baru kena basuk periuk dan
kawah..tapi husband suruh teman je..dia
yg basuh.

Perasan jugak pic ni.Bru cakap amboii selipar hehehe.. Sekali caption pun tulis selipar.

Kak Lina Pom pom agitchuuuu menyental periuk.

Sumber: Instagram Elly Mazlein.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *