Semasa

Mia Sara luah hasrat berhenti berlakon, mahu jadi bintang Yutube dan ini alasannya tarik prhatian ramai.

PELAKON yang dulu dikenali sebagai pelakon kanak-kanak iaitu Mia Sara mengumumkan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan.

Menurut Mia, dia sudah tidak tahan apabila terpaksa berdepan dengan perkara-perkara tidak masuk akal hingga membuatkan dirinya sudah tawar hati.

Malah katanya, dia lebih memilih untuk menjadi bintang Youtube.

“Rabu yang suram… kalau Mia berhenti berlakon masih ada yang minat Mia tak? Korang minat Mia sebab apa? Hanya sebab Mia berlakon ke? Kalau tak popular masih minat ke?

Mia mendedahkan hasratnya itu menerusi posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.

“Mia dah penat dengan perkara tak masuk akal yang berlaku dalam bidang lakonan ni dan Mia rasa Mia patut berhenti berlakon.

“Mungkin buat YouTube video je kot lepas ni. Korang tolong beritahu apa yang korang rasa mengenai keputusan Mia tu. Mia nak tau apa pendapat korang,” tulisnya.

Mia meluahkan hasratnya itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Rabu.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi peminat yang rata-ratanya terkejut dengan keputusan pelakon itu.

Mia dah penat dengan perkara-perkara yang tak masuk akal yang berlaku dalam bidang lakonan ni.

Bagaimanapun, mereka dilihat tetap menyokong dan menghormati apa saja keputusan dibuat pelakon berusia 15 tahun ini, termasuk pelawak Achey.

“Kami satu keluarga minat bakat Mia… so Mia jadi apa pun bakat Mia tetap bagus. Mungkin sekarang dah ke arah remaja yang matang.

“Tak ada masalah pun… apa Mia buat peminat akan support sebab peminat Mia seiring membesar dgn Mia,” ujarnya.

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *