Hiburan ISU SEMASA Viral

Abam sering derma ke rumah anak yatim, bantu adik-beradik..” – Ibu

Ibu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Sabariah Arshad menyifatkan anaknya seorang yang amat bertanggungjawab terhadap keluarga.

Menurutnya, arwah menanggung kos rawatan sakit kakinya yang mencecah RM60,000 selain membantu keperluan adik-beradik lain.

“Dia jaga saya hantar saya berubat dan buat pembedahan kaki sahaja sampai RM60,000 dia tanggung. Dia juga menjaga kebajikan adik-beradik lain.
“Malah dia sering menderma ke rumah anak yatim berhampiran rumah kami, kalau dia tak sempat dia minta saya dermakan,” katanya.

Tambah Sabariah, Allahyarham yang berusia 32 tahun itu ada berpesan supaya menjaga anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey dengan baik selain meminta ibunya untuk menjaga kesihatan.

“Dua hari lalu dia ada berpesan jaga anak dia elok-elok, dia juga minta saya makan ubat, makan nasi kalau sakit nanti susah,” ujarnya.

Arwah juga teringin untuk menjamah dan memasak sendiri gulai lemak dan sambal sotong namun tidak larat bagi menyediakan menu tersebut akibat demam panas.

Sumber : mStar Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *