Hiburan Viral

Anak Abam tercari-cari bapanya’

“ANAK arwah sudah mula tercari-cari bapanya,” kata pelawak, Ali Puteh yang juga adik kepada Allahyarham Abam.

Ali, 31, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, anak Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan lebih banyak diam dan tidak meragam.

Menurut Ali, kakak iparnya yang juga balu arwah, Siti Nurhidayah Mohd Ali juga banyak mendiamkan diri.

Sudah hari keempat, kakak ipar lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam.

“Cuma, dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah. Dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ramai orang. Tapi, disebabkan dia masih kecil jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai hasil bedah siasat punca kematian arwah, Ali berkata, mereka masih belum mendapat sebarang keputusan.

“Kami tidak dapat apa-apa keputusan lagi. Dimaklumkan paling lambat dalam tempoh tiga minggu lagi,” katanya.

Ali berkata, pesanan terakhir diterima daripada arwah adalah menjaga ibunya, Sabariah Arshad, 63, yang kini tidak sihat dan terpaksa berkerusi roda.

“Arwah pergi mengejut tanpa sebarang pesan. Namun, minggu lalu dia ada cakap kepada emak yang jiwanya kosong dan tidak fikir apa-apa lagi. Dia juga pesan kepada emak dan sampaikan pada saya supaya banyak rehat. Jangan terlalu penat bekerja.

“Malah, minggu lalu juga dalam kumpulan Whatsapp keluarga, dia mengatakan sekarang giliran saya menjaga emak pula. Jangan lupa bagi emak makan ubat. Saya jawab, okay dan tidak ada masalah. Kebetulan emak sudah sebulan tinggal di rumah saya,” katanya.

 

 

sumber : harian metro

Berita lain ..

 

 

PEMERGIAN Abam mengingatkan kita mengenai kematian yang tidak mengira waktu. Rezeki Abam menghadap Ilahi dalam keadaan yang tenang,” kata pelawak dan pengacara Jihan Muse yang menganggap kematian pelawak Abam sangat dicemburui berikutan arwah seorang yang sangat baik.

Jihan berkata, melihat pemergian Abam yang begitu mudah serta kehadiran ribuan jemaah untuk solat jenazah adalah sesuatu yang tidak boleh dirancang.

“Siapa yang tak nak pergi dalam keadaan tidur dan masjid dipenuhi dengan lautan manusia untuk mengiringi jenazah Abam hingga ke perjalanan terakhirnya.

 

“Semua itu tidak boleh dirancang. Saya tidak boleh nak cakap diri saya baik dan mendapat pengakhiran yang begitu. Namun, apa yang berlaku mengajar kita untuk sentiasa berbuat baik dengan orang.

“Abam seorang insan yang berhati mulia. Ramai yang menyayanginya dan saya tiada masalah langsung dengannya. Malah, kita juga tak pernah dengar cerita buruk tentang dia selama ini,” katanya.

Menurut Jihan, pemergian Abam sesuatu yang amat mengejutkan apabila satu demi satu orang terdekat dengannya menghadap Ilahi.

“Saya tak sempat nak habis sedih dengan kehilangan beberapa orang hebat dalam industri seni yang saya kenali rapat seperti Din Beramboi, Pak Yus, Abg Pitt Hamzah serta Lok U.

“Dan, semalam dikejutkan pula dengan berita arwah Abam meninggal dunia. Saya seakan ‘bingung’ adakah benar berita yang saya terima ini? Semuanya, saya rapat dan pernah bekerjasama sekali,” katanya.

Tambah Jihan, lebih membuatkan dia pilu dengan pemergian Abam apabila mengenangkan nasib anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

“Apa yang membuatkan saya lebih pilu, ketika memikirkan anak dia. Bila dah jadi mak kita faham macam mana anak itu bila membesar nanti.

“Tak sempat nak mengenali ayahnya dan apakah dia ingat wajah ayahnya? Itu yang paling sedih,”katanya.

Terdahulu, pelawak popular Abam Bocey, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor jam 8.30 pagi semalam dipercayai akibat demam panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *