Hiburan

Baru je diumumkan Naib Juara AJL, rumahtangga dikatakan berg0lak.Ini Komen padu Aman Ra

Penganjuran AJL edisi ke-34 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari 2020, jam 9 malam.

Berikut keputusan pemenang AJL34 yang menamatkan teka-teki di kalangan peminat seni hiburan.

Persembahan Terbaik – Kisah Cinta Kita oleh Hafiz Suip (Ikhwan Fatanna, Ayden Ali / Datuk A. Aida)

Vokal Terbaik – Kisah Cinta Kita oleh Hafiz Suip (Ikhwan Fatanna, Ayden Ali / Datuk A. Aida)

Tempat Ketiga – Anta Permana oleh Bob Yusof (Hael Husaini, Ezra Kong / Hael Husaini, Ezra Kong)

Tempat Kedua – Bangun oleh Aman RA (Navigator / Aman RA)

Juara Lagu – Sumpah oleh Naim Daniel (Naim Daniel, Omar K / Naim Daniel

Masih Bergelar Suami

Penyanyi rap terkenal, Aman Ra mengakui dia masih lagi bergelar suami orang.

Bagaimanapun, bintang berusia 33 tahun itu enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai sama ada dia dan isteri masih tinggal sebumbung atau sebaliknya.

Aman Ra berkata, dia memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi, biarlah ia untuk dirinya sahaja dan selesa untuk tidak diperkatakan di mana-mana.

“Saya masih lagi memegang status sebagai suami. Namun saya lebih selesa sekiranya hal peribadi disimpan untuk diri sendiri dan segala hal berkaitan kerjaya saya akan kongsi secara terbuka.

“Bagi saya cara itu lebih mudah untuk saya sebagai insan atau erti kata lain saya tak mahu komen,” katanya jujur.

Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, turut menambah, dia terpaksa akur sekiranya hal berkaitan rumah tangga menjadi spekulasi ramai meski l ia bukan keluar dari mulutnya sendiri.

“Saya tak boleh nak buat apa-apa. Ia di luar kawalan saya. Namun, kalau ia menggugat sebagai insan, saya akan terasa.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, saya ingin kehidupan peribadi kekal menjadi sesuatu yang privasi,” jelasnya lagi.

Terdahulu teka-teki status penyanyi rap ini terjawab apabila dia mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga.

Penyanyi lagu Bangun itu sebelum ini jarang mendedahkan kisah peribadi termasuklah mengenai anak-anaknya untuk perhatian umum.

Hasil perkongsian hidup, Aman dan isteri yang dikenali Atikah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa dan Tuah Khalifa.

Dakwaan Berlagak Dan S0mbong

Mengenai dakwaan dia dikatakan somb0ng dan berl4gak, Aman Ra menyifatkan, tanggapan itu timbul apabila ramai membuat penilaian berdasarkan raut wajah dan penampilannya.

“Memang ramai menyangka saya sombong dan berlagak. Sejak dulu lagi, saya dengar komen seperti ini. Mungkin raut wajah saya yang serius membuatkan ramai ingat saya begitu.

“Kadang-kadang, saya ada masalah untuk berkomunikasi sehingga menimbulkan perasaan kurang senang pihak lain.

“Namun, saya terima komen itu dengan hati terbuka dan berjanji untuk terus memperbaikinya pada masa akan datang,” katanya yang sedang sibuk mempromosikan lagu terbaru, Berada yang menemukannya dengan Altimet dan Noh Salleh.

MOTOSIKAL Honda EX5 yang dijadikan prop ketika menyampaikan lagu Bangun pada Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) baru-baru ini umpama simbolik kepada perjalanan hidup penyanyi Aman Ra dalam industri muzik.

Cerita Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 33, dia tidak pernah lupa tentang kepayahan yang dilaluinya sebelum ini bagi menempatkan diri dalam muzik mainstream.

“Saya sedar ramai orang pandang kehidupan hip hop semuanya tentang kemasyuran dan kemewahan, namun mereka tak sedar kemewahan hanya datang selepas kita berjaya.

“Azalinya hip hop berhadapan kepayahan untuk diterima ramai. Saya tak nak rakyat Malaysia tersisih daripada genre rap yang sinonim dengan kemegahan.

“Saya sendiri bawa motosikal kapcai satu ketika dahulu, bayangkan saya pergi studio rakaman hanya menaiki Honda EX5,” kata Aman Ra kepada mStar.

sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *