Uncategorized

Fad Ziarah Kubur. Ini Janji Dia Kepada Anak Abam

Umum mengetahui, Fad Bocey menerima berita pemergian arwah Abam ketika bercuti bersama keluarganya di Tokyo, Jepun. Perasaan terkilan kerana tidak dapat hadir bertemu arw4h buat kali terakhir merupakan perkara yang terawal yang diluahkan oleh Fad meskipun dia cuba membeli tiket penerbangan yang paling awal untuk pulang ke tanah air.

Walau bagaimanapun, Fad Bocey telah selamat sampai ke tanah air pada pukul 1.00 pagi semalam dan dia disambut oleh rakannya Achey. Menerusi Instagram, pelawak itu memuat naik satu video di mana dia menziarahi pvsara Abam. Sedihnya!

ANGGOTA kumpulan Bocey, Fad, 29, akan memastikan anak tunggal Allahyarham Abam tidak kehilangan kasih seorang bapa.

Fad pada perkongsian foto di Instagram mendakap erat anak lelaki Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Menerusi kapsyen ditulis, Fad atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berhasrat menjaga Hamzah.

“Daddy, jaga Hamzah ye nak. Anak daddy empat orang sekarang,” katanya berserta hashtag #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah.

Perkongsian menyayat hati Fad itu mendapat lebih 300,000 tanda suka daripada pengikutnya di Instagram dan hampir 4,000 komen yang menyokong tindakan Fad untuk berkongsi kasih sayangnya dengan Hamzah.

Rata-rata pengikut Instagram Fad sangat kagum dengan keakraban hubungan erat anggota Bocey.

Sama ada Fad dan Achey, kedua-duanya akan memastikan Hamzah mendapat kasih sayang seorang bapa.

Walaupun Abam sudah tiada dan Bocey kini tinggal berdua, hubungan kekeluargaan dipupuk mereka selama ini kekal erat.

Jasad Abam mungkin tidak ada tetapi kasih sayang dan semangatnya ditinggalkannya akan terus bersama Bocey.

Allahyarham Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Pada Isnin lalu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Gombak.

J3nazah Abam yang diziarah lebih 2,000 orang di masjid dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Di Instagram Syed Ali pula, dia memuat naik semula foto kenangan bersama arwah abangnya itu. Dia memberitahu bahawa suatu hari nanti mereka akan bertemu jua. Pada masa yang sama, dia menceritakan bahawa abangnya itu sering berkongsi rezeki buat emak dan mereka adik beradik jika memenangi sesuatu anugerah mahupun mempunyai rezeki yang lebih. Namun, itu semua bakal menjadi kenangan buat dirinya dan keluarga selepas ini.

sumber : instagram fadbocey

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *