Hiburan ISU SEMASA

Gembira dalam duka, isteri Ali Puteh disahkan hamil

Menghadapi kehilangan dua insan terpenting dalam hidup dalam masa 3 bulan sahaja merupakan satu ujian yang berat kepada seseorang.

Lebih-lebih lagi pemergian insan terdekat yang juga merupakan ahli keluarga sendiri. Orang yang benar-benar tabah sahaja akan menerima dugaan maha hebat daripada Allah S.W.T ini.

Menerusi Astro Gempak, Ali Puteh telah mengkhabarkan berita gembira walaupun dia masih dalam keadaan berduka apabila kehilangan abang tersayang 3 hari lepas.

Isteri hamil 6 minggu

Isterinya, Melati Fitri telah hamil lagi selepas anak kedua mereka Sharifah Nur Ainul Mardhiah meninggal dunia kira-kira 3 bulan lalu.

“Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang…Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.”

Akan pergi ke klinik berhampiran untuk pengesahan

“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain.

“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).

“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Selain Ainul, hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Ali mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.

Ali Puteh telah diuji dengan dua kehilangan apabila anak keduanya meninggal semasa saingan Maharajalawak Mega manakala abangnya Syed Umar Mokhtar atau Abam baru sahaja meninggal 3 hari yang sudah.

Sumber : Astro Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *