Hiburan Viral

‘Berapa tahun I pegang juara lagu, salah ke I menegur Naim Daniel?’ – Azwan Ali

Anugerah Juara Lagu ke-34 baru-baru ini mengangkat lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel sebagai juara dan ramai yang berpuas hati dengan keputusan itu, tetapi ada juga yang tidak berpuas hati.

Azwan Ali melalui Twitternya melemparkan carutan terhadap Naim secara terbuka dan melabelkan Naim sebagai ‘Retis Sangkak Negara’.

Tidak melenting dengan carutan itu, Naim membalas Azwan Ali dengan cukup matang.

Dalam kenyataan itu, Naim mengatakan dia antara pengundi yang menyokong Azwan ketika bertanding sebagai calon di PRU.



Azwan berkata, tindakannya ‘menegur’ Naim itu tidak salah kerana dia sudah lama berada dalam industri hiburan.

Sementara itu di Instagram Naim, dapat dilihat beberapa artis menyatakan sokongan terhadap Naim. Tidak kurang juga netizen menasihatkan Naim tidak melayani karenah Azwan yang dianggap tidak mendatangkan faedah.

Dalam kenyataan terkini Azwan berhubung isu itu, Azwan memaklumkan dia telah menyekat Naim di Instagram kerana baginya, Naim bersikap kurang ajar dengan dia.

Hidup ini mudah, jika tidak dapat menerima atau menyukai sesuatu itu, berdiam diri dari mencarut kata-kata yang tidak baik. Tiada berkatnya hidup dalam kalau sentiasa mencarut dan mencari masalah dengan orang lain.

sumber : Twitter Azwan Ali /
Instagram Naim Daniel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *