Hiburan

Keluarga Saya Dan Aliff Dh Berbincang” – Bella Astillah

KELUARGA saya dan Aliff sudah berbincang mengenai hubungan kami. Apabila tiba masanya nanti, kami akan kongsikan juga. Sekarang saya tidak boleh kongsi apa-apa kerana mahu menghormati permintaan keluarga masing-masing”.

Demikian kata penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ketika ditanya sama ada dia dan bekas suami, Aliff Aziz akan berbaik semula.

Bella ketika ditemui berkata, dia sedia berkongsi perkara itu secara terbuka apabila tiba masanya nanti.

“Saya mohon semua doakan yang baik-baik. Apapun yang terbaik untuk saya dan anak Ayden, saya sedia terima itu sebagai takdir Allah,” katanya.

Bella juga berharap apa saja keputusannya nanti, dia tidak dis4alahkan memandangkan ramai warganet tidak setuju jika dia dan Aliff kembali bersama.

“Ramai orang tidak faham dan cakap orang lain pun bercerai serta ada anak tetapi masih boleh teruskan hidup. Biarlah beribu kali saya jelaskan, orang masih ingat saya pentingkan diri sendiri.

“Kalau saya pentingkan diri, saya masih ada keluarga yang sentiasa kuat memberi nasihat dan pasti menegur jika saya buat keputusan tidak betul. Alhamdulillah, mereka sangat memahami dan nampak kebaikan terhadap apa yang saya lakukan,” katanya.

Bella berkata, dia sentiasa gagal menahan sebak apabila terpaksa memisahkan Ayden dengan Aliff setiap kali pulang dari Singapura.

“Orang tidak tahu situasi setiap kali saya bawa Ayden balik Malaysia dari Singapura selepas melawat Aliff. Dia akan menangis tak henti setiap kali di lapangan terbang, menjerit-jerit dan tarik tangan Aliff minta pulang bersama.

“Itu membuatkan saya sangat sedih. Banyak yang saya pertimbangkan dalam hal ini dan pasti ada berkata saya juga punca mereka terpaksa berpisah,” katanya.

Bagaimanapun, Bella sentiasa percaya apa yang menimpa perkahwinannya sebelum ini ada hikmah tersendiri.

“Kadang-kadang Allah mahu menguji kita dan dari situ baru kita mula belajar menghargai. Apapun terjadi selepas ini, saya reda dan tawakal serta percaya perancangan Allah. Sekarang ini saya cuma mengikut apa yang sudah teratur dan ambil apa saja keputusan terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Bella mengakui akan sentiasa memberi sokongan kepada bekas suaminya itu supaya kembali bermuhasabah diri berikutan pelbagai kontroversi tidak manis menimpanya baru-baru ini.

“Saya tidak mahu menyalahkan dia kerana ada beberapa video yang tular itu adalah video lama yang sengaja dikeluarkan balik. Selebihnya saya cuma mampu doakan semoga dia berubah lebih baik.

“Saya cuma harap dia akan sembuh, sihat dan berfikiran matang. Saya pun ada menasihatkannya dan dia mengakui sangat perlukan sokongan daripada kami sekeluarga juga sekarang,” katanya.

Sebelum ini PELAKON Bella Astillah, 26, dan bekas suaminya, Aliff Aziz, 29, mencuri tumpuan warganet apabila memuat naik foto bersama di Insta Story, semalam.

Berdasarkan pemerhatian di Instagram Bella, dia merangkul tangan seorang lelaki dipercayai Aliff yang berada di tempat duduk pemandu.

Menguatkan lagi spekulasi itu adalah Aliff turut memuat naik swafoto dalam kereta yang menampakkan Bella berada di belakangnya dengan bentuk pakaian dan warna yang sama.

Kedua-dua foto terbabit menarik perhatian warganet yang beranggapan mereka sudah kembali bersama.

Setakat ini, Aliff sudah memadam foto terbabit dengan mengosongkan Instagram miliknya.

Selain foto, Bella juga memuat naik hantaran ibu Aliff iaitu Fiza Aziz mengenai mutiara kata daripada akaun Twitter Mufti Menk.

Mutiara kata itu berhubung nasihat jangan mengulangi kesilapan lalu, masa lampau adalah cerminan masa kini selain saranan menjadi manusia lebih baik berbanding sebelum ini.

Ia seolah-olah menggambarkan mengenai hubungan Bella dan Aliff yang kembali jernih.

sumber : Twitter Bella Astillah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *