Hiburan

Genap sebulan suami p3rgi selamanya Ini pesanan b4lu Abam untuk wanita senasib…

Genap sebulan pemergian Abam Bocey, kehilangan pelawak itu masih dirasai oleh peminat dan orang sekeliling.

Sudah pasti antara yang paling terkesan ialah ahli keluarga dan isterinya, Nor Hidayah yang membuat luahan perasaan di laman Instagram. Menurut Hidayah, dia reda dengan pemergian suami tercinta dan sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau.

“Setiap yang hidup, pasti akan pergi. Jika ditakdirkan pasangan kita pergi terlebih dahulu daripada kita, usahlah mer4ung tetapi berdoalah kepada Allah.

“Buat suamiku yang tercinta hari ni genap sebulan abang m3ninggalkan kami semua… Al-Fatihah Syed Umar Mokhtar,”katanya menerusi Instagram pada pagi Selasa.

Perkongsian Hidayah itu mengundang s3bak dalam kalangan pengikut termasuklah rakan artis yang memintanya terus bersabar dengan ujian kehilangan itu.

Handsome… semoga tenang sahabat di sana ditaman syurga,” komen pelakon Sharnaaz.

“Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Masa berjalan tapi kita sebagai manusia harus teruskan hidup. Doakan yang baik-baik,” tulis salah seorang pengikut pula.

Sementara itu, adik kepada abam iaitu Ali Puteh turut memuat naik lukisan menggunakan seni khat memaparkan wajah di akaun Instagram miliknya.

“Sekejap masa berlalu, genap sebulan pemergianmu! Al-Fatihah,” tulisnya.

Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia sembilan bulan.

Sumber: MstarOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *