Hiburan

“Duit Tak Boleh Beli Sihat ..” – Alami Demam, Shakilla Khoriri Negatif Covid 19

Aktres Shakilla Khoriri memberi peringatan kepada semua untuk menjaga kesihatan memandangkan sekarang ini negara dijangkiti dengan wabak Koronavirus (Covid 19).

Kata Shakilla, wang ringgit tidak boleh beli kesihatan diri jadi perlu nikmatinya dengan sebaik mungkin.

“Betul lah duit tak boleh beli sihat. Nikmat waktu sihat ni sangat-sangat berharga cuma kita tak sedar.

“Alhamdulillah untuk kehidupan hari ni. Kesihatan yang baik.

“Perjalanan yang baik. Pertemuan yang baik,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali mendedahkan dia bebas daripada Covid 19 selepas mengalami demam baru-baru ini.

10/3/2020, negatif Covid 19. Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih Allah,” tulisnya dengan rasa kesyukuran.

Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia pada 14 Mac tahun lalu.


sumber : Gempak.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami, terima kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *