Hiburan

Isteri Ammar Alfian Failkan Cerai, Nekad Dapatkan Hak Penjagaan Anak

Isteri kepada bintang filem Paskal, Ammar Alfian, Nelissa Nezam mendedahkan telah memfailkan tuntutan cerai pada Januari lalu.

Bagaimanapun, proses itu memakan masa beberapa bulan dan akui Nelissa dia sudah nekad untuk berpisah dengan Ammar.

“Saya boleh katakan sekarang saya sedang melalui fasa ‘single parenting’.

“Pada Januari lalu saya sudah failkan tuntutan perceraian dan ia masih dalam proses untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan dokumen dan hak penjagaan anak.
“Tidak banyak yang boleh saya kongsikan secara lebih terperinci kerana ia melibatkan proses mahkamah.

“Saya masih menunggu dan harap-harapnya boleh selesai dengan cepat,” katanya kepada Gempak.

Nelissa yang ditemui pada pertunjukan fesyen Alia B dia White Box Publika semalam memberitahu dia lebih lega selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan Ammar.

“Selepas failkan perceraian saya rasa lega dan gembira untuk memulakan kehidupan baru bersama anak saya, Kyro.

“Sebagai seorang isteri saya mahukan sesuatu daripada suami saya dan saya tidak memperolehinya sepanjang perkahwinan, jadi kita teruskan hidup seadanya.

“Saya tahu apa yang saya mahukan dalam hidup saya dan saya sudah memberikan segalanya dalam perkahwinan saya.

“Mungkin pilihan saya kepada individu yang salah sebenarnya. Saya bersedia untuk ‘move on’ sekarang,” tambahnya.

Tegas Nelissa, tiada peluang seterusnya untuk Ammar.

“Apabila seseorang berbuat salah, mereka akan tersedar bahawa sudah terlambat untuk menyesal jadi itulah situasi yang berlaku sekarang,” ujar Nelissa lagi.

Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu dan perkahwinan mereka mulai retak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.

sumber : Gempak.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami, terima kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *