Seni hiburan

Sharifah Shahora Sempat Berpesan Kepada Suami Agar Tidak Guna Harta Peninggalannya Untuk Kahwin Lain

Pelakon, Sharifah Shahora, 45, menjalani pembed4han membuang ketumbvhan pada bahagian rahim dan utervs selepas mengalami s4kit perut berpanjangan.

Secara kebetulan, penerbit Eleven Field Creative Sdn Bhd melakukan pembed4han pada tarikh yang sama dengan pelawak, Syanie Hisham di sebuah hospital swasta pada 29 April lalu.

Pada saat bergelut menempuh kes4kitan, isteri pengarah filem, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin masih sempat berseloroh mengenai harta peninggalan jika sesuatu terjadi kepadanya.

” Entahlah, nak kata lawak atau tak, saya tak pasti. Soal harta peninggalan saya memang ada berpesan pada suami.

” Saya tak tahu, ajaI dan m4ut, semuanya ketentuan Allah.

” Duit simpanan atau apa sekalipun selama ini menjadi rahsia saya, suami pun tak tahu.

” Saya juga berpesan pada suami, jangan menggunakan harta peninggalan buat kahwin lain.

” Ini kerana harta yang ditinggalkan untuk anak-anak.

” Suami hanya mengangguk. Saya yakin suami tak mahu kehilangan saya dalam masa terdekat. Alhamdulillah, saya masih panjang umur,” katanya kepada BH Online.

Bercerita keadaannya selepas melakukan pembed4han, pelakon Ophilia dan Girlfriend Aku Dari Neraka itu berkata, kesihatannya kini beransur pulih.

” Semuanya berlaku tanpa diduga. Saya s4kit perut berpanjangan sejak hujung bulan lalu. Saya nak buat kerja pun tak larat.

Sempat berpesan kepada doktor jangan lupa kikis lemak

” Kemudiannya, saya ke klinik untuk melakukan pemeriksaan. Doktor menyarankan saya melakukan pembed4han segera, jadi saya tidak melengahkan lagi.

” Pembed4han mengambil tempoh masa dalam lebih empat jam. Lucunya, sebelum pembed4han saya sempat berpesan kepada doktor jangan lupa kikis lemak jika ada.

” Selepas itu, saya sudah tidak sedarkan diri akibat dibius.

” Syukur, pembed4han berjalan lancar. Saya memilih tidak membuang rahim. Ini kerana saya masih menyimpan hasrat mahu hamiI,” katanya.

Shahora menasihatkan, jangan menangguh melakukan pembed4han sekiranya sakit pada bahagian mana sekalipun.

” Jangan takut mahu membuang ketumbvhan. Jika dibiar akan diberi kesan bukan pada perut, tetapi pinggang, urat dan seluruh badan.

” Saya pernah mencuba rawatan tradisional dan s4kit makin berkurangan.

” Namun, kerana tidak menjaga pantang dan makan apa sahaja, ketumbvhan makin membesar. Akhirnya kena buat pembed4han juga,” katanya.

Pelakon kelahiran Pahang itu mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang menyelamatkan ny4wanya.

” Begitu juga suami dan anak, mereka tidak meninggalkan saya ketika s4kit. Adik beradik sentiasa membuat panggilan video untuk mengetahui perkembangan kesihatan saya.

” Sekarang, saya makin sihat. Kalau ikut cara orang lama, saya kena berpantang selama 40 hari,” katanya.

Kredit: limauais.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *