Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Pasar borong, pekerja tempatan lari tak tahan lepas tiga jam bekerja

“Boleh dikatakan, ramai orang tempatan hanya mampu bertahan beberapa hari, malahan ada yang memilih berhenti hanya selepas bekerja selama tiga jam sahaja.”

Terdahulu, dengan penahanan para pekerja tanpa dokumen yang sah di Pasar Borong Kuala Lumpur sebelum ini, difahamkan ramai warganegara yang amat memerlukan pekerjaan dalam tempoh kawalan pergerakan. Ianya  turut bekerja di pasar yang pernah terkenal dengan kehadiran pendatang asing itu.

Walau bagaimanapun, baru ini, China Press ada melaporkan, ramai pekerja tempatan tidak dapat bertahan dengan suasana kerja yang sukar di pasar borong, walaupun gaji harian RM100 telah ditawarkan.

Seorang pemborong di pasar memberitahu, daripada 40 pekerja tempatan yang sudah digaji sejak dua minggu yang lalu, yang masih tinggal hanyalah lima orang sahaja.

Menurut akhbar itu lagi, terdapat 448 gerai dalam Pasar Borong Kuala Lumpur dengan 216 menjual sayur, hasil laut (168) dan buah-buahan (64).

Dianggarkan sekurang-kurangnya 4,000 malahan mencecah 5,000 pekerja asing dan pelarian sudah pun mencari rezeki di pasar itu sebelum ini.

Selepas penguatkuasaan dijalankan terdahulu, kini hanya terdapat lebih 60 pekerja asing yang berdokumen sah sahaja yang ketika ini bekerja di situ.

Walaupun pemborong di pasar menawarkan gaji harian RM100 yang menjanjikan pendapatan bulanan lebih RM1,200 hingga RM2,500 (bekerja tiga hari seminggu dan gaji berlainan mengikut jenis gerai), tetapi orang tempatan kita ini tidak berminat kerja pasar.

Pengerusi Persatuan Hasil Laut Kuala Lumpur, Xin Jian Jia berkata, peniaga cuba menggaji pekerja tempatan setiap hari.

Katanya, kadar mobilasi pekerja tempatan bagaimanapun sangat tinggi dan ramai yang berhenti kerana gagal menghadapi suasana kerja di pasar.

Dengan keadaan itu yang berlaku, katanya, memaksa pemborong menolak dan menghantar barang dengan sendiri kerana kekurangan pekerja.

Ujarnya lagi, dia telah menggaji 40 pekerja tempatan sejak dua minggu lalu, tetapi yang tinggal sekarang hanyalah lima orang.

“Kebanyakan orang berhenti kerana gagal menampung beban kerja yang tinggi dan kasar.”

“Mereka perlu menolak barang yang beratnya berpuluh-puluh kilogram antara tempat meletak kenderaan dengan pasar. Setiap hari, mereka perlu melakukan rutin ini puluhan kali lamanya,” katanya lagi.

Jian Jia berkata, pemborong juga berdepan kerugian oleh kerana terpaksa membelanjakan hampir lebih RM300 untuk setiap pekerja baharu yang perlu diuji dan disahkan bebas C0VID-19 sebelum memulakan kerja.

“Tak sangka, mereka berhenti selepas bekerja beberapa hari sahaja,” jelasnya lagi.

Jelasnya, untuk gerai ikan, pemborong di pasar menawarkan gaji harian RM100 dengan pendapatan bulanan dianggarkan antara RM2,000 hingga RM2,500.

“Waktu bekerja pada hari kerja adalah dari 11 malam hingga 7 pagi,” katanya di MalaysiaGazette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: majalahutusan, newsallmhi, malaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *