Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Ini punca utama rakyat tolak kerja di pasar walaupun gaji lumayan

KUALA LUMPUR: Tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditawarkan majikan di Pasar Harian Selayang kepada pekerja tempatan menjadi antara faktor golongan berkenaan tidak berminat untuk menceburi sektor peniagaan itu.

Seorang peniaga ayam di pasar itu yang mahu dikenali sebagai Halimah, 50-an, berkata setiap pekerja terutama yang berkeluarga sudah tentu memerlukan caruman KWSP bagi memastikan masa depan mereka terjamin.

Tinjauan mendapati sebahagian peniaga masih belum berniaga selepas Pasar Borong Harian Selayang dibuka kepada orang ramai di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak COVID-19. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Katanya, ketika ini Pasar Harian Selayang kekurangan pekerja tempatan dan sebagai peniaga, dia memahami mengapa hal itu berlaku.

“Dengan tiada potongan KWSP, tambahan pula bulan puasa begini, lagi susah majikan nak cari pekerja tempatan.

“Saya harap kerajaan teliti perkara ini, mungkin boleh wujudkan satu dasar baharu bagi memastikan pekerja tempatan berkaitan dapat potongan KWSP.

“Kita mahu situasi ‘menang-menang’ untuk kedua-dua belah pihak iaitu majikan dan pekerja,” katanya ketika ditemui BH, di pasar itu, di sini, hari ini.

Sementara itu bagi peniaga sayur yang mahu dikenali sebagai Loo, 60-an, berkata dia berharap kerajaan dapat meneliti semula keputusan untuk tidak membenarkan warga asing berkerja di pasar berkenaan.

Katanya, apabila warga asing tidak dibenarkan bekerja ia bukan jaminan anak muda tempatan mahu bekerja di pasar itu.

“Warga asing sudah tidak dibenarkan kerja manakala anak muda tempatan tidak mahu kerja, siapa susah sekarang? Sudah tentu peniaga.

“Sebagai peniaga saya perlu buat pesanan stok, terpaksa juga angkut barang, urusan jual beli pun saya juga kena buat, tidak cukup tangan,” katanya.

Tambahnya, tidak salah menggajikan pekerja asing asalkan mereka mempunyai dokumen yang sah kerana golongan itu juga perlu mencari rezeki.

“Ada Yang Berhenti Selepas 3 Jam”- Orang Tempatan Tak Sanggup Kerja Pasar Walaupun Bergaji RM100 Sehari.

Dengan penahanan pekerja tanpa dokumen sah di Pasar Borong Kuala Lumpur, ramai warganegara yang memerlukan kerja dalam tempoh kawalan pergerakan turut bekerja di pasar yang pernah terkenal dengan kehadiran pendatang asing itu.

Walau bagaimanapun, Ch1na Press melaporkan, ramai pekerja tempatan tidak dapat bertahan dengan suasana kerja yang sukar di pasar borong, walaupun gaji harian RM100 ditawarkan.

Ramai orang tempatan hanya mampu bertahan beberapa hari, malahan ada yang memilih berhenti hanya selepas bekerja selama tiga jam.

Seorang pemborong di pasar memberitahu, daripada 40 pekerja tempatan yang digaji sejak dua minggu lalu, yang masih tinggal hanyalah lima orang.

Menurut akhbar itu, terdapat 448 gerai dalam Pasar Borong Kuala Lumpur dengan 216 menjual sayur, hasil laut (168) dan buah-buahan (64).

Dianggarkan sekurang-kurangnya 4,000 malahan mencecah 5,000 pekerja asing dan pelarian mencari rezeki di pasar itu sebelum ini.

Selepas penguatkuasaan dijalankan, kini hanya terdapat lebih 60 pekerja asing berdokumen sah yang bekerja di situ.

Walaupun pemborong di pasar menawarkan gaji harian RM100 yang menjanjikan pendapatan bulanan lebih RM1,200 hingga RM2,500 (bekerja tiga hari seminggu dan gaji berlainan mengikut jenis gerai), tetapi orang tempatan tidak berminat kerja pasar.

Pengerusi Persatuan Hasil Laut Kuala Lumpur, Xin Jian Jia berkata, peniaga cuba menggaji pekerja tempatan setiap hari.Katanya, kadar mobilasi pekerja tempatan bagaimanapun sangat tinggi dan ramai yang berhenti kerana gagal menghadapi suasana kerja di pasar.

Keadaan itu, katanya, memaksa pemborong menolak dan menghantar barang dengan sendiri kerana kekurangan pekerja.

Ujarnya lagi, dia telah menggaji 40 pekerja tempatan sejak dua minggu lalu, tetapi yang tinggal sekarang hanyalah lima orang.“Kebanyakan orang berhenti kerana gagal menampung beban kerja yang tinggi dan kasar.

“Mereka perlu menolak barang yang beratnya berpuluh-puluh kilogram antara tempat meletak kenderaan dengan pasar. Setiap hari, mereka perlu melakukan rutin ini puluhan kali lamanya,” katanya.

Jian Jia berkata, pemborong juga berdepan kerugian kerana terpaksa membelanjakan lebih RM300 untuk setiap pekerja baharu yang perlu diuji dan disahkan bebas COVID-19 sebelum memulakan kerja.

“Tak sangka, mereka berhenti selepas bekerja beberapa hari sahaja,” katanya.Jelasnya, untuk gerai ikan, pemborong di pasar menawarkan gaji harian RM100 dengan pendapatan bulanan dianggarkan antara RM2,000 hingga RM2,500.

Bukan tidak mahu, tapi tak ada peluang' | Nasional | Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Oh MyMedia, sinarviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *