Hiburan

Selepas Dikec4m Teruk Rakan Artis, Zul Yahya Mula Bersuara

PELAKON Zul Yahya, 47,  menjelaskan apa yang disuarakannya di media sosial baru- baru ini bukanlah untuk menghi1na, apatah lagi mempersoalkan halal har4m rezeki insan lain tetapi menjurus ke arah mencari yang lebih baik dan keberkatan dalam industri hiburan.

Zul ketika dihubungi berkata, semua yang diperkatakan itu adalah realiti pernah dilihatnya berlaku dalam industri hiburan berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun sebagai pelakon.

“Saya cerita dari pengalaman yang dilalui sendiri. Saya bercakap pun untuk kebaikan dan bukan keburvkan kerana apa disuarakan itu berkaitan hala tuju industri hiburan yang hingga kini masih tiada perubahan.

“Saya luahkan pandangan supaya golongan atasan dan pihak berkaitan dalam industri hiburan dapat melakukan perubahan membentuk hala tuju yang lebih baik. Kalau mereka mampu lakukannya, maka duduklah di situ tapi jika tak mampu lebih baik undur diri,” katanya kepada Harian Metro.
Zul atau nama sebenar Zulkifli Yahya berkata, dia sedar setiap orang ada pendapat masing-masing dan apa yang dikongsikannya adalah untuk mereka dalam industri hiburan membuat perubahan lebih baik.Mengulas mengenai keberkatan yang diperkatakan, Zul berkata, ia sangat luas dan bagi memperolehnya kita perlu usaha kerana ‘berkat’ itu tidak akan datang dengan sendiri.

 

“Apapun, saya pasti pihak media juga sudah sedia maklum hala tuju industri hiburan selama ini dan apa yang saya cakapkan itu bukan bermaksud mahu industri hiburan hilang dari Malaysia.

“Kita semua perlukan hiburan, tapi biarlah ia pergi kepada hala tuju lebih baik dan memberi manfaat kepada masyarakat serta penggiat seni antaranya pekerja belakang tabir untuk mendapat kehidupan selesa,” katanya.

Zul berkata, perkara utama diharapkannya adalah perubahan penambahbaikan hala tuju dalam industri hiburan ke arah lebih teratur di mana semua warga penggiat seni mendapat kehidupan terbela.

Katanya, pilihan juga ada pada tangan masing-masing untuk berubah kerana rezeki Allah sangat luas dalam usaha mendapatkan suasana kehidupan selesa. Namun, ia menuntut pengorb4nan.

Menurutnya, dia bersara kerana sudah penat berhadapan dengan pelbagai kerenah ragam manusia dan turut mengakui sukar membuat simpanan.

Terdahulu, kenyataan Zul di media sosial membuatkan ramai artis kurang selesa dan membid4s kenyataannya yang disalah erti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber : Ohmymedia, sinarviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *