Hiburan Viral

Pelik, pengunjung kena ‘declare’ status bujang jadi tanda tanya… lebih musykil ada yang pangkah 2 kali

MASIH ingat suhu badan pelanggan di sebuah pasar raya mendapat perhatian apabila direkodkan dengan suhu serendah 29 darjah Celsius?

Susulan rekod kehadiran pelanggan ke premis perniagaan yang dicatatkan itu di bawah suhu normal, ada yang menganggap mereka sebagai z0mbie.

Malahan, ia turut dijadikan gurauan dengan ada yang menyatakan suhu yang luar biasa itu mungkin adalah Balan-Balan, merujuk kepada panggilan bagi masyarakat Sabah untuk Hantu Pen4nggal.

Menerusi perkongsian seorang d0ktor, kali ini rekod kehadiran untuk pelanggan di sebuah premis adalah berlainan iaitu menepati suhu normal antara 36.5 dan 37.5 darjah Celsius.

“Ini suhunya betul. Suhu normal sekitar 36.5 hingga 37.5 darjah Celsius,” tulis Dr Rizin Kusop di halaman Facebooknya.

Selain mendaftar nama dan nombor telefon, pengunjung juga perlu diperiksa suhu badan. Foto Bernama

Namun, apa yang menjadi persoalan d0ktor yang bertugas di Poliklinik Permai Tuaran di Tuaran, Sabah itu adalah buku rekod kehadiran pelanggan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengenai butiran status perkahwinan pelanggan.

Foto yang turut dimuatnaik beliau memaparkan satu halaman dengan empat ruangan yang perlu diisi pelanggan iaitu nama, suhu, nombor telefon dan status ‘bujang’.

Ini bermakna pelanggan yang bujang perlu meletakkan tanda betul, manakala mereka yang sudah berkahwin seharusnya mengisinya dengan tanda pangkah.

Dr Rizin yang juga Bendahari Persatuan Kesihatan Sabah (Sihatbah) menjelaskan bahawa status bujang pelanggan tidak seharusnya ditanya bagi rekod kemasukan mereka ke premis.

Part bujang atau bukan, itu tidak perlulah tanya,” ujarnya sambil merujuk hanya nama, nombor telefon dan catatan suhu badan semasa yang perlu dicatatkan.

Ruangan status bujang atau tidak menjadi tanda tanya. Foto Facebook Dr Rizin Kusop

Bagi Dr Rizin, ruangan ‘bujang’ pada rekod kehadiran bertarikh 13 Mei 2020 yang tidak dinyatakan nama dan lokasi premis perniagaan mungkin sekadar gurauan.

“Tidak apalah… kawan kita buat lawak saja bah, tidak payah tick(tanda) pun. Yang menghairankan, ada juga yang sibuk tick dan pangkah,” ujarnya secara berseloroh.

Perkongsian Dr Rizin di laman sosial bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi netizen.

“Bolehlah juga terima, kalau bujang maknanya kurang kontak dengan orang lain. Kalau berkeluarga, boleh angkat satu keluarga untuk kuarantin,” tulis seorang netizen.

“Macam kelab cari jodoh saja tu,” komen yang lain.

Sebelum ini tular rekod kehadiran pelanggan ke sebuah pasar raya mempunyai suhu yang berbeza-beza sehingga serendah 29 darjah Celsius.

“Tengah cari jodoh ni d0ktor,” ujar seorang netizen yang mungkin menganggap petugas atau staf premis itu mahu mencari pasangannya dalam kalangan pelanggan.

Namun, apa yang menarik apabila terdapat pelanggan yang meletakkan tanda pangkah lebih dari sekali pada ruangan status bujang sehingga menimbulkan tanda tanya.

“Yang tanda XX (pangkah) sampai dua kali tu isteri dua ke?” ujar seorang netizen secara berseloroh.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar, sinarviral

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *