Hiburan Viral

V1ral !!! Sugu Pavithra terima jemputan drpd Imam Masjid untuk……..

NAMA Sugu Pavithra cukup dikenali pada ketika ini.

Populariti yang diraih pasangan YouTuber itu dalam sekelip mata membuatkan nama mereka sering terpapar di laman media tempatan.

Terbaharu, seorang imam masjid menyatakan hasratnya untuk mengundang S.Pavithra bagi menyediakan hidangan kari semasa sambutan Hari Raya yang bakal dianjurkannya pada akhir tahun ini.

Norizanuddin Md Tahir, Imam Masjid Kampung Baru, Alor Gajah berkata, pelawaan itu secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan antara dua budaya.

“Bagi saya, dia adalah rakan saya dari Malaysia, dan saya bangga dengan pencapaiannya dalam jangka masa yang singkat dia telah bergelar sebagai YouTuber,” katanya.

Norizanuddin, yang menguruskan Madrasah Tahfiz Baitul Nur di Alor Gajah berkata, dia terpaksa menangguhkan sambutan Aidilfitri sehingga hujung tahun ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya berhasrat menganjurkan sambutan secara kecil-kecilan selepas wab4k Cov1d-19 reda.

“Sugu Pavithra dapat membantu melatih para sukarelawan saya dalam menyediakan hidangan kari yang lazat untuk sambutan itu terutama hidangan kari kepala ikan,” katanya.

Norizanuddin berkata, dia gemar menonton video wanita itu bersama suaminya yang begitu merendah diri ketika menyediakan hidangan di YouTube.

“Saya dibesarkan dalam kejiranan berbilang kaum.

“Ada ketika keluarga saya terpaksa berkongsi makanan dengan jiran Cina dan India kerana kemiskinan kita ketika itu.

“Tambahan pula, Islam mengajar kita untuk bersikap adil kepada semua orang tanpa melihat status, bangsa, agama atau keturunan mereka,” tambahnya.

S.Pavithra, 28, dari Sungai Siput, Perak menjadi perhatian netizen ketika ini menerusi video pelbagai jenis masakan yang dimuat naik di YouTube.

Kepetahannya bertutur dalam Bahasa Melayu bejaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum. – THE STAR

 

Sugu Terima k3jutan Dari PM

 

S Pavithra, 28, berkata dia dan suami M Sugu, 29, menerima hadiah istimewa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin lima hari lalu, antaranya tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.

 

Menurut Pavithra yang tinggal di kuarters ladang swasta di Sungai Siput, mereka turut menerima sekeping kad ucapan daripada pemimpin nombor satu negara itu dan ia diabadikan dalam bingkai gambar.

Ucapan pada kad itu yang bertulis tangan dan dikongsikan kepada Bernama tertera: “Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home” (Teruskan usaha yang baik, duduk di rumah sahaja).

“Semasa ada orang datang hantar ke rumah, saya tidak percaya kerana siapalah saya, sampailah akak (wartawan Bernama) telefon saya untuk bertanya hadiah telah diterima atau belum,” katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh, hari ini.

Pavithra yang berasal dari Buntong di sini berkata, dia dan suami menggunakan tripod itu untuk temu ramah secara panggilan video terutama ketika ‘live’, namun untuk memasak di dapur mereka masih menggunakan cawan.

“Saya selesa gunakan cawan sebab dah biasa, lagipun ruang dapur terhad. Tapi untuk perkara lain memang gunakan tripod dan ia sangat membantu, terima kasih Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Pavithra, penghargaan yang diterima daripada Perdana Menteri serta pengikut akaun YouTube beliau akan dijadikan sebagai perangsang untuk terus memuat naik kandungan video memasak bagi manfaat bersama.

Katanya, selepas memuat naik rakaman temu ramah bersama Bernama semasa Hari Wesak pada 7 Mei lalu, jumlah pelanggan YouTube ‘Sugu Pavithra’ terus melonjak daripada 160,000 kepada 441,000 setakat 10.30 pagi ini.

Selain itu, ibu kepada dua anak itu juga mengakui ‘agak sibuk’ melayan sekurang-kurangnya 20 panggilan telefon setiap hari sama ada untuk temu ramah atau menghantar barangan berupa bahan makanan mahupun perkakasan elektrik.

Pasangan itu yang memuat naik video memasak pelbagai menu dalam bahasa Melayu di akaun YouTube ‘Sugu Pavithra’ bejaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar / Oh MyMedia / hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *