ISU SEMASA Uncategorized Viral

“Kakak bahagia hari ini atas doa restu mak abah‘

Bagi yang berjauhan dengan yang tersayang, sudah pasti ada cara untuk berkongsi kegembiraan walaupun tak dapat nak face to face. Rasanya perkhidmatan surprise delivery sudah tidak asing lagi untuk masyarakat hari ini sebab ramai yang offer servis ni dekat media sosial.

Hal ini berhubung dengan video yang viral di Facebook yang memaparkan seorang wanita yang buat delivery surprise memenuhi permintaan daripada customer nya untuk buat kejutan kepada ibu bapanya yang istimewa.

Kejutan itu disertai dengan ucapan yang cukup menyentuh hati daripada anak mereka. Walaupun pasangan ini mempunyai masalah penglihatan, masih terukir senyuman daripada mereka setelah mendapat hadiah daripada anak .

 

Biasanya orang birthday yang akan dapat hadiah, tapi yang ini berbeza di mana anak mereka yang menggelarkan diri sebagai kakak yang menyambut hari kelahiran tapi dia yang bagi hadiah kepada ibu bapanya yang sudah berkorban untuknya.

“Terima kasih mak abah. Terima kasih atas pengorbanan mak abah lahirkan kakak. Besarkan kakak, didik kakak, sentiasa jadi hero dan heroin kakak, terbaik kakak.” 

Kedengaran kakak yang buat delivery ni pun tahan sebak sebab ucapan daripada anak pasangan ini cukup menyentuh jiwa.

“Kakak bahagia hari ini atas doa restu mak abah” 

Dalam pada itu, pasangan ini juga ada memberikan pesanan keapda anaknya dan berharap agar mereka dapat berjumpa.

“Jangan lupa pada Allah. Kami mak abah doakan moga kakak bahagia

Memang menyentuh hati ucapan dari anak pasangan ni. Semoga keluarga ni sentiasa dilindungiNya. Amiin.

Sumber: lobak merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.