Infomaklumat ISU SEMASA Semasa Umum Viral

Memandu Lawan Arus Dan Sebabkan K3matian, Wanita Menangls Dipenjra 5 Tahun

BEKAS model sambilan, Ng Pei Ven, 22, yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan dan menggorbankan seorang juruteknik kilang pada 2017 dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM18,000.

 

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha turut mengarahkan lesen percubaan tertuduh juga dibatalkan

 

 

Malah tertuduh turut hilang kelayakan untuk memohon lesen kenderaan selama lima tahun daripada tarikh sabitan.

Tertuduh dilihat menangis sambil memandang ibunya ketika Majistret Sri Pracha menjatuhkan hukuman berkenaan terhadapnya.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan RM5,000 lagi menjadi RM12,000 daripada RM7,000 sebelum ini.

 

Pada 24 Mac 2017, Ng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, di Lebuhraya Utara Selatan, arah utara pada 7.50 pagi, 14 Mac 2017.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

 

Dalam kejadian pada 14 Mac 2017, Mohamad Fandi maut selepas kereta Perodua Kelisa yang dipandunya bertembung dengan kereta yang dipandu Ng secara melawan arus.

 

Kemalangan pukul 7.50 pagi itu berlaku di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Permatang Pauh.

 

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

 

Akibat pertembungan itu menyebabkan mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : mstar, 


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *