OH WANITA Semasa Umum Viral

Isteri mninggal lepas bersalin, bapa gembira kembar iras raut wajah arw4h isteri

Sebelum ini, sebuah berita mengenai seorang ibu muda yang mninggal dunia akibat kompikasi selepas melahirkan cahaya mata kembarnya. Sudah hampir dua bulan Siti Nur Nasuha Shafie yang berusia 23 tahun telah pergi dijemput menghadap Ilahi.

Sudah tentunya, pemergian Siti Nur Nasuha ini memberikan tamparan hebat buat suamiya Syazwan Najmi Zulkarni yang tidak menyangkakan pemergian mengejut arw4h isterinya pada ketika itu.

Kedua-dua kembar membesar dengan baik…

Bayi kembar perempuan pasangan ini iaitu Medina Safiya dan Medina Sofiya membesar dengan sihat dan membaik walaupun dilahirkan dengan keadaan pra-matang sekitar bulan Mac lalu. Malah, kedua-duanya dikhabarkan semakin montel dan raut wajahnya mereka mula menyerupai arw4h ibu mereka.

“Peng0rbanan arw4h isteri menjadikan saya dapat bergelar seorang ayah dan saya tak akan sia-siakan setiap detik manis bersama si kembar kami.” Jelas bapa berusia 23 tahun ini kepada Harian Metro.

Ahli keluarga tak putus-putus melawat

Sejak pemergian arw4h isteri tercinta, Syazwan Najmi Zulkarni menerima ziarah yang tidak putus-putus daripada ahli keluarga terdekat, setelah kerajaan memberi kebenaran untuk saling kunjung mengunjung untuk melihat keadaan si kembar.

Bahkan, ada juga pihak yang datang dan menyatakan hasrat mereka untuk mengambil bayi kembar berkenaan sebagai anak angkat mereka.

Arw4h Siti Nur Nasuha Shafie menghembvs nafas terakhirnya di ICU tanpa sempat menatap dan memeluk kedua-dua anak kembarnya yang dilahirkan 31 Mac 2020.

Isteri Meninggal Dunia selepas 14 Hari koma bersalin, Suami Tabah membesarkan anak kembar

kisah lelaki ini mengundang pilu netizen apabila isterinya Siti Nur Nasuha Shafie meninggal dunia selepas dua minggu koma sebelum sempat menatap wajah anak kembar yang dilahirkan.

menerusi laporan Harian Metro, Syazwan Najmi Zulkarni pasti terbayang wajah arwah isteri setiap kali memandang wajah bayi kembar perempuan mereka yang kini menjadi penguat semangat dirinya.

“Hari ini (semalam) sambutan Hari Ibu, tapi isteri tidak sempat menerima ucapan itu, cuma saya zahirkan perasaan itu kepada dua anak kembar kami sahaja,” katanya.

Lelaki berusia 23 tahun tersebut berkata, dia tidak lupa pesanan arwah yang memintanya menjaga dan membesarkan pasangan kembar itu dengan baik jika berlaku sesuatu terhadap Allahyarham.

“Medina Sofiya (bongsu) dibenarkan pulang terlebih dahulu iaitu pada 21 April lalu manakala si kakak pula, Medina Safiya seminggu selepas itu…
“…kerana masih belum cukup timbangan dan tidak dapat biasakan diri lagi dengan minum susu botol. Lebih seminggu pertama kepulangan, kembar ini dibawa ke rumah mertua di Kampung Ketil…
“…kerana keluarga arwah isteri turut merindukan dua puteri kami ini yang juga cucu sulung mereka. Selepas itu saya membawa pulang Sofiya dan Safiya ke rumah di Kampung Pak Keral sehingga ke hari ini,” katanya.

Tambah Syazwan, kadang kala dia terfikir sekiranya mampu menggalas tanggungjawab sebagai bapa di usia muda tanpa kehadiran isteri selain rutin harian yang sudah berubah.

Walau bagaimanapun, dia bersyukur apabila keluarga kedua belah amat memberi sokongan dan membantu menghadapi dugaan tersebut.

Semoga r0h Siti Nur Nasuha Shafie ditempatkan dikalangan orang beriman, Amin….

 

Sumber: Harianmetro, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *