Hiburan Seni hiburan Viral

Jurusolek Ded4h 5 Ragam Artis Bila Dimakeup, “Dato’ Siti Dan Anzalna Pun Sama..”

Jurusolek popular, Epie Temerloh ada berkongsi cerita menarik mengenai ‘tabiat’ atau rutin selebriti wanita popular yang mungkin ramai tidak tahu.

Sering bekerjasama dalam mana-mana projek seni, Epie bercerita perihal barisan lima figura yang sering disoleknya, termasuk penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Mulai terlibat dalam dunia solekan secara profesional sejak sekian lama, Jurusolek asal Pahang ini mendedahkan Bienda merupakan antara penyanyi terawal yang menggunakan servis solekannya.

Bagi Epie, Bienda ada pesona tersendiri hingga mampu ‘membawa’ apa sahaja konsep solekan yang dikenakan.

Sementara penyanyi senior, Ramlah Ram pula alah kepada kipas kerana matanya mudah berair, kongsi Epie.

“Hampir 10 tahun kerja dengan kak Ramlah dia okay saja cuma tak boleh ada kipas atau aircond di depan nanti matanya berair kerana matanya sensitif.

“Sebab itu kadang-kadang kita sebagai makeup artist kena alert mengenai perkara tersebut. Contohnya kalau  ke studio yang pertama kali atau hotel yang tak pernah kita pergi, saya akan peka dan cari di mana lubang aircond dia.

“Manakala Anzalna wajahnya babyface. Tak boleh tersalah warna. Macam pengalaman saya bila kerjasama dengannya, dia akan cantik bila dikenakan warna yang lembut, coklat atau yang paling selamat ialah warna oren (jingga),” katanya lagi.

 

Mulai rapat dengan isteri kepada Shuib Sepahtu, Sarah Raissuddin sejak penyanyi itu terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ketiga, Epie menyifatkan Sarah pula gemar main telefon ketika sedang disolek, sama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Datuk Siti dia suka mekap dan kami selalu bercakap mengenainya. Kalau tidak macam tu, dia akan jadi tiga jam daripada sejam.

View this post on Instagram

#Repost @sitisarahraissuddin with @get_repost ・・・ LIVE UPDATE . Dibawakan khas oleh PINKY! PINKY! . Siti Sarah Special Showcase @sitisarahraissuddin @shuibsepahtu . 6th July 2018 Matic, Kuala Lumpur . Organize by @indigitalmusic Main Sponser : @pinkypinkyofficial . 👗 Outfit : @sethandluna_studio 💃🏻 Stylist : @minluna 👰🏼 Hijjab stylist : @didiyanaehsan 💄 Make up : @epie_temerloh 📸 Photographer/Videographer : @rasafilm.co 🎼 Music : @faizaluzir (Lok U) 📽MCP : @madgrapetv 💐Decoration : @dwikaryaweddings 📻Radio Rasmi : @hotfm976 @koolfmmy 🏢Venue : @maticmy . 🎹Mixer : Acoustic and Lighting Puchong . . #sitisarah #showcasesitisarah #indigitalmusic #pinkypinky #hotfm #koolfm #matic #heartysarah #semakinsitisarah #shuibsepahtu

A post shared by 𝐄𝐏𝐈𝐄_𝐓𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐎𝐇 (@epie_temerloh) on

Selain itu Datuk Siti juga suka makan. Kalau saya mekapkan dia, saya akan sediakan ruang khas bagi sudut untuk makanan. Malah perbezaan mekapkan Datuk Siti juga agak ketara apabila adanya Aafiyah,” jelasnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Hari ni dari pagi sampai la ke mlm.. epie shoot untuk produk kesayangan ramai @ctdk …. hari ni berpeluang pakai banyak barang dari #simplysiti Bukan nak cite lebih atau sembang tapi #foundation #argan dari @officialsimplysiti terbaikkkkk… ringan tak tebal halus gebus kepada korang yg nak cuba tu nak rasa dn alami kehebatan macam mane epie rasa sila kan ke kaunter @officialsimplysiti Jimat duit tak mahal dn paling vasss muka wow tauu… Abaikan muka yg kepenatan itu tengok muka tokti je ekk 🙏🏻🙏🏻 #solekanmataepie #byepietemerloh #epietemerloh #datosrisitinurhaliza #sitinurhaliza #epietemerlohsygkanandasemua photo by @theloftstudioasia ❤️❤️❤️❤️

A post shared by 𝐄𝐏𝐈𝐄_𝐓𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐎𝐇 (@epie_temerloh) on

Ikuti perkongsian penuh dari Epie di sini;

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Viwanita, MH


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *