Infomaklumat ISU SEMASA Keluarga Semasa Viral

Bayi 9 Bulan Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata, Ibu M4ngsa Buka Cerita Buat Netizen Tersentuh

“Mereka banyak beli barang keperluan untuk anak tunggal, saya tidak menyangka itu petanda mereka akan pergi selamanya,” kata Hasnah Seman, 54, ibu kepada Mohamad Hassrul Nizzam Omar, 28.

Mohamad Hassrul dan isterinya, Nur Haziqah Adam, 24, disahkan men1nggal dunia akib4t par4h di kepala selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 34.4 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari arah USJ ke Klang, Subang Jaya, jam 11.48 malam

Hasnah berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu ada memaklumkan mahu ke tempat kerja di Bukit Kemuning, Shah Alam bersama isterinya dengan menaiki motosikal, semalam.

“Mereka bergerak dari rumah kami di Ipoh, Perak kira-kira 6 petang dan sempat membeli keperluan anak mereka, Niyaz Hasif berusia sembilan bulan pada pagi berkenaan.

“Selalunya tidak banyak barang keperluan cucu dibeli kerana anak yang bekerja sebagai pemandu lori agak kerap pulang ke Ipoh untuk menjenguk isteri serta bayi mereka. Namun, kali ini mereka beli dalam kuantiti banyak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perub4tan Forensik Hospital Serdang, hari ini.

Katanya, dia dimaklumkan oleh anaknya mengenai kemal4ngan itu kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

“Saya amat terkejut apabila dimaklumkan oleh anak yang lain mengenai perkara itu. Pada mulanya, anak memaklumkan Mohamad Hassrul dan isterinya hanya pengsan.

“Namun beberapa minit kemudian, dia memaklumkan bahawa mereka sudah men1nggal dunia. Biarpun sedih, saya reda dengan pemergian mereka,” katanya yang memaklumkan anak tunggal pasangan terbabit berada dalam jagaan anaknya yang lain di Ipoh, Perak.

Sementara itu, ibu kepada Nur Haziqah, Hasnah Abdullah 57, berkata, dia tidak dimaklumkan oleh pasangan itu mengenai perjalanan mereka ke Bukit Kemuning dengan menaiki motosikal.

“Setiap kali pergi ke tempat kerja menantu (Mohamad Hassrul), mereka tidak memaklumkan kepada saya kerana takut saya ‘bising’ sebab naik motosikal ke sana.

“Saya bimbang dengan keselamatan mereka menempuh perjalanan jauh dengan menaiki motosikal. Pada masa sama, saya faham sebab mereka pilih naik motosikal.

“Ini kerana mudah bagi menantu meletakkan motosikal di dalam lori dan memandu kenderaan milik syarikat itu untuk menghantar barang sambil ditemani isterinya,” katanya.

Hasnah berkata, suami isteri itu sudah berkahwin sejak dua tahun lalu, namun tinggal berasingan atas tuntutan kerja.

“Nur Haziqah bekerja sebagai kerani di Ipoh, manakala tempat kerja menantu pula di Bukit Kemuning dan tinggal di Batu 9 Cheras. Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa berjauhan.

“Namun, menantu akan balik ke Ipoh untuk menjenguk isteri dan anaknya setiap kali cuti selain membawa isterinya berjalan-jalan ke sini apabila berkesempatan,” katanya.

Jenazah suami isteri itu akan dibawa balik ke kampung halaman untuk dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Tampin sebaik selesai proses bed4h s1asat di Hospital Serdang.

 

Sumber :  Harian Metro/Rimbabara

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *