ISU SEMASA Keluarga

‘Hanya Kerana Aku Asal Pantai Timur’Wanita Ini Dibenci Oleh Keluarga Mertua Sampai Dijadikan Macam Orang Gaji. Rupa Rupanya Ini Perangai Sebenar Mertua Padahal Duduk Di Madinah.

 

 

 

Gambar sekadar hiasan.kahwin time belajar last semester. Husband aku pegawai bank kat selangor. Husband aku ank no 2 dan ank kesayangan mak mertua aku. Sebelom kami kawen, laki aku ada cakap yang mak dia tak suka orang pantai timur. Bagi dia, org pantai timur ni cakap ntah apa2, tak pandai jaga diri and selekeh. Nak dijadikan cerita, aku ni org terengganu.

So first things first, dia mmg da tak suka aku la, sebb orang pantai timor. Masa datang merisik pon dia terus terang je cakap, susah kalau kawen ngn org pantai timur ni, jauh dan penat nk drive. Tapi disebabakan ank dia da berkenan, dia ikotkan jugak walaupon jauh. Pertama kali aku diamkan jela sebb nk jage hati bakal mertua. Famili mertua aku ni menetap kat arab saudi, madinah. sebb ayah mertua aku kerja kat sane.

Abang ipar aku ni kahwin dengan menantu pilihan hati mak mertua aku la, orang perak. Masa mula2 kawin dulu, aku balik kadang2 la umah maktua aku sebb aku masih lagi belajar. Masa tu mak mentua and 2 org lagi ank dia da fly to Saudi. Aku ni pulak, jenis yg buat keje banyak2 terus, contohnya, iron baju banyak2, basuh bju banyak2 n masak banyak2 la. Orang pntai timor ni kn mmg pandai masak n sedap plak tu.

Nak dijadikan cerita, sebulan kawin aku dah disahkan mengandong. Alhamdulillah, rezeki. Aku kene hadap morning sickness yang sangat2 terok sampai aku nk jalan pon tak larat. Masa cuti semester tu, husband aku bawak la aku duk umah mertua aku yg masa tu abang ipar n bini dia ngah duduk jugak. Dia tak nk la tinggalkn aku kat umah mak aku kat terengganu sorang2 sebb aku alahan terok, sush dia nk datang n jaga aku time tu.

Rumah kami ngah renovate mase tu nk besarkan dapor. So aku setuju. Aku duduk la sana, tetapi bini abang ipar aku ni mcm tak suka aku dudk kat sane jugak. Aku memang tak leh nk masak atau buat apa2 time tu. Bau minyak n bawang goreng pon tak boleh. Bau ubat gigi pon tak boleh. Sampai aku gune ubat gigi budak2 yg kodomo lion tu je utk berus gigi aku. Masuk mkanan je terus muntahkn balik.

Masa tu check in check out hospital je keje aku. So mmg aku tak de energy dan mmg tak larat la nk kemas2 umah ke masak ke. Tapi, aku siap2 da anta dobi baju kerja laki aku, siap gosok dah untuk 2 minggu. So keje aku time tu baring jela. Disebabkan aku ni baring je, bini abg ipar aku ni mengadu kat mak mertua aku ni. Cakap aku ni duk sini macam raja, and buat dia macm hamba. dia cakap aku ni tak iron pon baju laki aku, laki aku pakai je baju yang berkedut seribu pegi kerja.

Demi Allah, aku tak de pon nk suruh dia masakkn ke apa ke untuk aku, sebb aku memang tak leh makan apa2 pon. Mak mentua aku ni wasap aku pg2, dlm kol 3 pagi mcm tu, maki hamun aku cakap aku manje la, mengade la. Dia ckp la dulu dia pon mengandung jugak boleh je buat keje umah. Masak tak de pon nk harapkan orang masakkan untuk dia.

Aku nangis la bile dia cakp mcm2 kat aku dlm wassap tu. Mungkin sebb tgh mengandung kot, emosi lebih. Laki aku time tu terkejut la sebb aku nangis sedu sedan, aku bg la dia bace wassap mak dia tu. Laki aku macam bengang la, sebb mcm mane dia boleh tau sedangkn dia tak de kat sini pon. Esoknya, dia la tanye abang dia , abang dia ckp tak tau apa2. So sah2 la bini dia punyer keje. Kami try la tanya secara baik, dia tak mengaku.

Last2 laki dia cek wassap dia, mmg dia yg jadi batu api cerita macam2 kat mak mertua kat sana. Aku and husband aku start hari tu, memang da tak cakap apa2 pun dgn biras aku. Masa nk raya, diorg balik malaysia. Ayah mertua aku harap sgt la boleh duduk ramai2 berkumpul ramai2. Aku ikotkn la jugak walaupon macam malas la. Masa tu aku da ok sikit la, boleh la masak sikit.

Masa tu plak, diorang ni ambik kesempatan, suruh aku masak macam2. aku dengan perot boyot nye, masak la sorang2 kat dapor sambil menangis. Macam2 aku masak, nk sgt ambik hati ayah mertua aku. Dah la msak sorang2, bile makanan da hidang, mak mertua aku ni tak ajak pon aku makan sekali. Sedih sangt time tu. Rasa nk balik je nk mengadu kat mak aku.

Laki aku ni serba salah, last2 dia ajak aku makan dengan dia je nanti. Dah la aku masak, aku hidang, diorg mkn2 pastu tinggal je pinggan mangkok tu atas meja pastu keluar nk g jalan2.

Siap pesan lagi Kat aku, cuci bersih2 dan keringkan betol2 sebb pinggan tu mahal. Cuba korang pikir hati aku time tu? Aku ni menantu ke maid diorang? Bukan aku sorang je menantu, dia ada lagi 1 menantu dan 1 ank perempuan. Tapi semua tu aku sorang yang buat.

Berpeloh aku duduk kat dapur sorang2, bila da masak makan nye ramai. Mak mentua aku mase aku bersalin tak datang tengok tak kol pon tanye aku n cucu dia ok ke tak. Alasan dia jauh. Tup2 aku dpt tau menantu kesayangn dia terseliuh kaki. Boleh plak drive ke ipoh semata2 nk tengok. Time tu aku memang da terasa hati sgt2. Dia balik dari bercuti kat Istanbul beli mcm2 kat menantu dia sorang lagi. Tudung abaya, tshirt, set pinggn mangkok la.

Bahagian aku, dia beli tudung 1 helai je, tak beli kn aku baju ke apa ke sebb alasan dia tak tau size. Padahal aku ni size standard je kalo nk banding ngan menantu dia sorng lagi yang agak gempal tu. Semua yang aku buat, ada je yang tak kena kat mata dia. Hari tu dia kol laki aku dari madinah, tanya kenapa belikan minyak wangi dan jam mhal utk aku? Membazir je dia ckp. Baik belikan kt dia. Aku diam je tak ckp apa2.

Ntahla, now aku dah keje, ank aku da 8 bulan dan dah duduk umah laki aku. Aku dah jadi tak keruan sebb diorg dah nk balik sebb nk beraya. Tahun ni turn raye umah mak aku kat terengganu. Kadang2 aku pikir jugak, hina sgt ke orang pantai timor ni dimata orang Johor?? Mulia sgt ke diorang yg kaya raya ni berbanding peneroka felda ? Kadang2 aku terpikir jugak, kenapa ek orang yg pakai jubah labuh, tudung besa dan diorg dah duduk kat madinah, kat tanah suci, tapi kenapa still ad sikap negatif mcam tu?

Aku tanya jugak laki aku kenapa tapi laki aku hanya suruh bersabar sebb dia ckp ada balasan dan bahagian utk orang2 yang sabar ni. Aku hmmmm, ntah la tak tau la setakat mana leh sabar. Doakan aku supya diberikan kesabaran yang tinggi. – Eiya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *