Hiburan

“Dia sangat sederhana, telefon ret4k pun masih guna” – Teman lelaki n4fi Alya Iman kaki k1k1s, gig1h bekerja untuk t4mpung hidup

SUSULAN kontroversi Alya Iman dituduh ‘g0ld d1gger’ dan perampas suami orang, teman lelakinya Ridhwan Rosli tampil mempertahankan pelakon dan model muslimah itu.

Tidak setuju dengan tuduhan kes4t yang dilemparkan netizen, Ridhwan ketika dihubungi mStar menyifatkan Alya seorang gadis yang sentiasa bersederhana dalam kehidupan seharian.

“Bukan, dia bukan seorang g0ld d1gger. Dia seorang yang sangat sederhana.

“Skrin telefon dia retak pun dia masih guna. Kedua-dua telefon bimbit dia retak sebenarnya tapi dia masih gunakannya. Model telefon tu pun bukan model terkini.

 

Alya mula berkecimpung dalam industri lakonan sejak 2018.

“Tapi, sudah semestinya di media sosial, dia perlu tunjukkan perkara yang baik-baik dan cantik-cantik,” katanya.

Menurut Ridhwan, dia mengenali Alya selepas pelakon itu mula bekerja di sebuah syarikat swasta pada Jun lalu.

Kata Rosli, dia tidak nampak teman wanitanya itu seorang yang menggunakan lelaki untuk kemewahan hidup sebaliknya bekerja demi menampung kehidupannya sendiri.

“Kami mula berkawan rapat sejak dia bekerja di sini pada Jun lalu.

Kami berdua pernah ada pengalaman buruk dalam hubungan cinta.

RIDHWAN ROSLI

TEMAN LELAKI ALYA IMAN

“Dia bekerja di sini untuk menampung dirinya,” ujarnya.

Ridhwan dan bekas isterinya berpisah secara rasmi pada 8 Oktober 2019 selepas enam tahun perkahwinan.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raina, 5, dan Rafael yang kini berusia tiga tahun.

Ridhwan berkata dia dan Alya belum merancang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

Alya merupakan anak bongsu kepada Allahy4rham pelakon Azmil Mustapha.

Katanya, dia tidak mahu terburu-buru memandangkan mereka berdua pernah melalui masa silam dengan hubungan masing-masing.

Bagaimanapun, Ridhwan mengakui dua anak-anaknya rapat dan menerima Alya dengan baik.

“Bab kahwin tu, kami tak mahu terburu-buru. Anak-anak saya sayangkan dia, itu yang penting. InsyaAllah kalau ada jodoh, tak ke mana.

“Lagipun, kami berdua pernah ada pengalaman buruk dalam hubungan cinta,” jelasnya.

 

Alya sebelum ini pernah dituduh sebagai perampas suami orang dan ‘gold digger’.

Sebelum ini, nama Alya hangat diperkatakan selepas seorang wanita dikenali sebagai Penny mendakwa suaminya menjalinkan hubungan dengan pelakon itu sejak tahun lalu.

Bukan setakat itu, seorang lagi individu yang mengaku sebagai bekas kekasih Alya mendakwa berhabis sebanyak RM2.3 juta untuk perbelanjaan peribadi pelakon berkenaan.

Sumber: Mstar

 

 

Mengesahkan foto bersama seorang lelaki yang tersebar di laman sosial itu adalah teman lelakinya, Ridhwan Rosli, pelakon baharu Alya Iman menyatakan lelaki terbabit sudah mempunyai dua orang cahaya mata hasil dari perkahwinan sebelum ini.

 

Bagai tidak putus ditimpa kontroversi dan caci maki netizen, Alya sekali lagi muncul dengan perkhabaran baharu.

“Ya betul dia adalah teman lelaki saya. Nama dia Ridhwan Rosli. Dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu seorang anak perempuan berusia lima tahun dan seorang anak lelaki, tiga tahun hasil daripada perkahwinan sebelum ini.”

 


Seakan mahu mengambil langkah berjaga-jaga, Alya kini seakan mengambil pendekatan untuk tidak terlampau mendedahkan mengenai kisah percintaan mereka.

“Kalau ada rezeki dan kalau ada yang nak dikongsikan saya akan kongsikan. Sekarang ini terlalu awal untuk kata apa-apa. Saya akan cuba untuk keep it personal tentang hubungan saya dengan Ridhwan.”

 

Menurut Alya lagi, beliau tidak akan sembunyi sekiranya mempunyai perancangan untuk berkahwin kelak.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Kenyataan itu tercetus selepas isteri individu tersebut yang dikenai sebagai Penny Salman membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.

Namun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya adalah tidak benar.

Rentetan itu, Alya sehingga kini bagai tidak lekang dihina dan dimaki oleh warganet susulan tindakannnya yang dilihat seolah tidak menyedari akan hakikat sebenar.

Bagaimanpun, Alya telah memohon maaf secara terbuka di laman Instagramnya semalam berikutan isu berkenaan.

Sumber: Gempak

Kredit: Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *