ISU SEMASA

Diberi Peluang Bela Diri, Kata Kata Najib Kepada Hakim Dengan Nada Sebak Buat Ramai Turut Sebak

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi terdiam seketika selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengakuan bahawa beliau tidak mengambil wang berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank.

Najib, 67, berkata demikian semasa membuat pengakuan dalam kandang tertuduh selepas beliau diberi peluang membela diri hari ini.

Beliau berkata kepada mahkamah hari ini, sebelum ini beliau telah membuat kertas kerja (proposal) berhubung dana SRC berkenaan namun ia tidak dapat direalisasikan ekoran beliau menghadapi pertuduhan kes ini.

Menurut beliau lagi, sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri, beliau telah meningkatkan indeks saham negara antaranya Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad.

“Wallahi, Wabbilahi, Watallahi, saya tidak mempunyai pengetahuan berhubung RM42 juta itu,” katanya dalam nada sebak.

Mahkamah kemudian menangguhkan prosiding bagi hukuman terhadap beliau petang ini.

Najib akhirnya dip3njara 12 tahun, d3nda

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hvkuman p3njara 12 tahun dan d3nda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi atas kesal4han meny3leweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukumannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pada Isnin ini.

Mohd Nazlan memutuskan bahawa pihak pembelaan perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

“Alasan pembelaan bahawa mereka memerlukan masa untuk melihat latar belakang kes yang saya sabitkan kepada Najib tidak boleh diterima,” katanya.

Oleh itu beliau memutuskan rayuan meringankan hukuman diteruskan hari ini.

Najib, perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah.

Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.

Pada 11 November 2019, Najib diarahkan membela diri atas kesemua pertuduhan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pada 3 Disember 2019, Najib memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan untuk menjawab pertuduhan terhadapnya dengan membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat.

Pada 5 Jun lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk mengumumkan keputusan dalam kes itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan yang bermula pada 1 Jun.

Najib pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Seterusnya pada 8 Ogos 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

Semua kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan dibicarakan bersama.

Kredit : Trending Sangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

 

Inilah Kisah Sedih Puteri Zainah Iskandar, Isteri Pertama PM, Dato’ Seri Najib Razak | Semua orang tahu Datin Hajah Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebagai BikMama@LadyFirst ialah isteri kedua Dato Seri Hj Mohd Najib Razak, PM Malaysia. Manakala, Isteri pertama PM Najib Razak pula ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar (kerabat diraja Kelantan), perempuan pertama yang bersama PM Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Mari kenalinya lebih dekat lagi..

Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi PM Najib. Wanita pertama yang berada di kiri PM Najib diatas pelamin yang kilau gemilau suatu ketika dahulu. Wanita pertama yang menjadi teman tidur PM Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan PM Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar PM Najib untuk ke pejabat.

Walaupun ada kuasa yang cuba untuk menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak Perdana Menteri itu, Mohd Nizar, Puteri Norlisa dan Mohd Nasifuddin.

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat wal afiat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan PM Najib masih terpapar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai PM Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-galanya dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya bersama PM Najib.

Sebelum Datin Rosmah Mansor menjelma dalam kamus hidup PM Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut PM Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani PM Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa PM Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yie lah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.

Mungkin ada juga yang tak tahu bahawa bekas suami Datin Hajah Rosmah Mansor ialah Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 di RTM1. Manakala anak perempuan Datin Hajah Rosmah Mansor bersama Farid Ismeth pulak ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Datuk Dr Fazley.

YM Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Perdana Menteri yang juga dahulu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.


Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja Kelantan. Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap tabah dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui kehidupannya.

Walaubagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara beliau dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987, 28 tahun yang lalu. Menurut Tengku Puteri Zainah lagi, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.

 

Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana walaupun setelah menjalanikan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan telah dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan tanpa pengetahuan beliau.

Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa. Cuma selepas suaminya dilantik menjadi Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama lebih enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel.

Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.

Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, Puteri Nerlisa, dan Mohd. Naziffuddin. Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk beliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah.

Tengku Puteri Zainah dan anak-anak, walaupun cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987.

Pada malam menjelang Hari Raya itu juga lah PM Najib dan Rosmah telah pergi ber’honeymoon’ di Eropah. Juga menjadi pertama kali nya Nizar, Puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka disisi.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *