Hiburan Viral

“Edit ke Dada nampak pelik sebab lain macam…” Eina Azman kesal netizen asyik fikir negatif

BIARPUN kurang aktif di dunia seni, namun kehidupan peribadi Datin Eina Azman di laman sosial sering mendapat perhatian netizen.

Terbaharu sebuah foto yang memperlihatkan dia dan suami menerima teguran netizen gara-gara bentuk dada pelakon itu yang dikatakan kelihatan pelik seperti disunting.

“Saya seorang saja ke rasa baju ini nampak macam pelik… mungkin sebab cutting atau angle.

Eina meminta netizen supaya tidak berfikiran negatif.

“Maaf kenapa kat bahagian dada pelik sikit datin,” komen beberapa netizen di ruang perkongsian foto tersebut.

Enggan berdiam diri, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 25, membalas komen berkenaan dan meminta netizen agar tidak berfikiran negatif.

Jelas Eina, dia tidak membuat apa-apa pada foto tersebut namun ia kelihatan berbeza disebabkan sisi kamera dan rekaan baju itu.

“Eh… eh suka ya dapat free dosa. Dah banyak pahala sangat ke tu? Kesian hidup asyik nak fikir negatif dan cakap fitnah.

“Itu kamera angle dan rekaan baju dia macam tu. Bukan saya buat apa-apa.”

EINA AZMAN

PELAKON

“Itu kamera angle dan rekaan baju dia macam tu. Bukan saya buat apa-apa. Faham!” kata Eina.

Foto tersebut kini mendapat lebih 47,000 tanda suka (likes) dan 650 komen yang ditinggalkan netizen.

Dalam pada itu, segelintir netizen meminta aktres itu membiarkan sahaja komen negatif tersebut.

“Datin pun pertikaikan kau nampak sangat tak tahu angle baju dan cutting baju macam mana. Ini mesti tak tengok video TikTok dia pakai baju hitam.

Eina bersama suami dan anak kembarnya.

“Kenapalah pelik komennya. Tak ada benda lain ke yang ditengok. Kalau betul sekalipun benda itu dibesarkan ke apa biarlah. Tu hak dia. Dia punya kan.

“Apa fasal semua komen begitu. Rekaan baju macam itu la guys. Tambah lagi angle kamera itu. Apa-apa pun datin cantik macam puteri,” kata netizen.

Eina berkahwin dengan ahli perniagaan itu pada 31 Ogos 2014 dan mereka dikurniakan anak kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang kini berusia empat tahun.

 

Sumber : Mstar, Theallsinar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *