Hiburan Viral

mahu bantu keluarga elak maksiat alasan imam muda syed faris kahwin lain

Nampaknya selepas PU Abu dan Da’i Farhan, kali ini finalis Imam Muda, Syed Mohd Faris pula dihimpit kontroversi rumah tangga apabila menceraikan isterinya, Nur Hidayu Rosli selepas berkahwin dengan wanita lain.

Imam Muda tersebut menceraikan Hidayu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu. Ibu kepada Hidayu dikenali sebagai Zainab menyifatkan bekas menantunya itu sebagai suami tidak bertanggungjawab.

Zainab mendakwa Syed Faris sudah beberapa kali kantoi curang ketika Hidayu sedang hamil. Namun apa yang dikesalkan olehnya apabila bekas menantunya memberi alasan berpoligami untuk membantu kewangan keluarga.

“Alasan yang dia bagi pada saya apabila saya tanya kenapa kahwin dengan perempuan itu, dia kata untuk menjana ekonomi dan bantu kewangan keluarga.

Terdahulu, Hidayu mendedahkan sudah diceraikan suaminya dan mendakwa dikasari madunya selepas Imam Muda Syed Faris bercadang untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

Malah, Hidayu berkata Syed Faris memaklumkan dia berkahwin lain pada Januari lalu selepas dia baharu melahirkan anak kelima mereka.

 

Kata Hidayu, bekas suaminya pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi namun diminta untuk berfikir kerana mereka mempunyai anak-anak.

 

Bagaimanapun, dia tetap mahu meneruskan keinginannya itu untuk berkahwin lagi dan mendakwa wanita lain boleh melayannya lebih hebat daripada dirinya.

Sumber : mstaronline/rotikaya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *