Hiburan Viral

Turun 21 Kg Dalam Masa 2 Bulan, Aishah Dah Boleh Pakai Baju Lama

Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah meluahkan rasa selesa dan riang apabila dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 21kg dalam tempoh dua bulan dengan hanya mengamalkan gaya makan seimbang dan berpuasa.

Juara program Gegar Vaganza 2017 itu menurunkan berat badan dari 110kg ke 79kg.

Namun dia masih nekad untuk menurunkan lagi berat sebanyak 10kg untuk mencapai berat badan yang ideal.

Melalui perubahan yang dicapainya, penampilan dia tampak lebih luar biasa, sama seperti ketika kemunculan beliau dalam bidang seni dahulu.

Memandangkan konsert MPO dan Aishah; A Musical Journey akan ditangguhkan pada tahun depan, dia memaklumkan masih berpeluang menurunkan berat badan sampai dapat berat yang ideal.

“Sekurang-kurangnya saya ada masa untuk lebih berusaha kurangkan berat badan.

Mulanya saya risau berada di rumah dalam tempoh Perint4h Kaw4lan Perger4kan lalu kerana asyik kerja makan tidur sahaja.

“Tapi saya kuatkan diri dengan berpuasa. Saya buat begini kerana tahu jika duduk rumah mulut asyik nak mengunyah.

“Selain itu saya juga tak ambil makanan berminyak, gula dan minuman manis dan minuman dalam tin (can drink). Saya lebih suka minum ‘sparkling water’,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Exclusive Face Mask Extender by Aishah X Nazrai Hijabpin

Dia turut menambah, kaedah yang diamalkan olehnya menjadikan berat badan turun mendadak.

“Saya boleh mendisiplinkan diri untuk lakukan ini. Pada usia saya, penjagaan kesihatan kena serius. Saya pula ada anak-anak lelaki. Kasihan mereka kena jaga saya sekiranya saya sakit. Kami sama-sama kena jaga apa yang kami makan.

“Ikutkan hati saya memang suka makan macam-macam. Tak makan nasi tak apa tapi saya makan coklat serta kek dan ia amat bahaya. Kadang-kadang saya makan juga, namun dalam kadar yang sikit,” katanya.

Aishah Turun 21 Kg, Dah Boleh Pakai Baju Lama

Penyanyi itu mengatakan, kaedah puasa dan ‘Intermittent fasting diet‘ dianggap cukup untuk menjaga kesihatan selain dari menjaga berat badan.

“Ketika mula-mula berpuasa saya masih makan nasi apabila berbuka. Namun, apabila banyak makan salad sekarang, ia membantu saya lupakan nasi.

“Sebenarnya saya masih makan nasi tapi bukan dalam kadar yang banyak. Dalam tiga, empat sudu dah kenyang tapi saya lebih sedap makan salad dan buah. Saya juga tak lupa sauna dan berbekam untuk kesihatan. Saya tak ikut sesi kecergasan kerana kesibukan saya lebih lagi apabila berada di rumah,”katanya.

Paling disukainya, dia kini boleh memakai dan bergaya semula menggunakan pakaian yang pernah dipakai sewaktu zaman muda dahulu.

“Banyak yang boleh dipakai semula. Kadang-kadang banyak baju lama yang saya simpan sahaja. Ada yang sudah disimpan lebih 15 tahun tapi sekarang dah boleh dipakai semula. Cuma saya masih gagal pakai baju ketika zaman saya bersama Fan Club.

“Mungkin pada masa itu saya belum ada anak. Jadinya bentuk badan ada perbezaan. Namun baju dari tahun 2010 saya sudah boleh pakai. Bahkan saya terkejut kerana lagi longgar berbanding dulu,” katanya.

Pada awal tahun 2018, Aishah telah menjalani pembedahan Bariatric Surgery (pintasan gastrik). Ianya dilakukan sebab perasaan bimbang terhadap penambahan berat badan.

Sumber: http://trendinggiler.pw/ via terengganutv

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *