Viral

4 Tahun Kapell Suami Orang Ni Ajak Makwe Dia Nikah Tapi Makwe Dia Taknak. Dia Tk Boleh Nk Terima Dan Tk Sanggup Akhirnya Ini Yg Dia Buat Dekat Makwe Dia.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Aku Zhaf. Umur awal 40-an, dah berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak. Aku cuma nak berkongsi kisah hidup aku sebagai seorang lelaki yang nyaris terperangkap dalam dunia p0ligami 5 tahun lepas.

Aku berkenalan dengan seorang gadis, aku namakan R, di universiti. Kami sama sama sambung pengajian di peringkat Sarjana. Jarak umur kami lebih 10 tahun. Aku dah bekerja sebagai seorang professional, manakala R baru tamat pengajian di peringkat sarjana muda dan mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana.

Pada awalnya, aku tak punyai apa apa perasaan terhadap R. Tapi harus aku akui, dia cantik. Manis orangnya. Dan dia agak pendiam, pemalu. Aku ingat lagi kali pertama kami duduk bersebelahan, R hanya terkaku diam. Ternyata dia tak biasa duduk rapat dengan lelaki walaupun hanya bersebelahan dan ada jarak antara kami.

Awalnya kami tak pernah berbual, tak pernah berhubungan langsung. Cuma bila berselisih aku akan tegur “hai” sekadar beramah mesra, dan balasannya juga pendek. Aku tak pernah menganggap R lebih dari seorang kenalan sekuliah. Bukan rakan. Bukan teman apatah lagi sahabat.

Segalanya berubah ketika di semester kedua. Kami diletakkan dalam kumpulan assignment yang sama. Itu lah kali pertama aku berhubungan dengan R. Walaupun cuma dalam group whatsapp yang ada 2 orang lagi rakan sekelas.

Aku tak ingat bagaimana kami tiba tiba menjadi rapat. Yang aku tahu, kami punyai chemistry. Sesuatu yang baru bagi aku. Bermula dari whatsapp group, beralih ke whatsapp personal. Bermula dengan berbincang hal hal kuliah kepada hal yang lebih peribadi.

Aku senang berbual dengan R. Sangat senang. Seolah olah aku dah jumpa dengan seorang teman berbual yang dah lama aku cari. Don’t get me wrong. Bukannya aku dengan isteri tak pernah berbual cuma topik kami selalunya tak selari. Respond isteri kepada cerita cerita aku biasanya cuma “ooh” dan “aah”. Takpun “yeke?” Tu je.

Aku suka berbual tentang isu semasa, isu politik, ekonomi dan sebagainya. Maybe benda tu bosan untuk isteri aku. Tapi bukan untuk R. Ternyata dia memang suka berbual isu isu macamtu jadi bila aku berbual dengan dia, aku dapat satu response yang memberansangkan dan perbualan kami berlanjutan.

Tapi R masih lagi seorang gadis yang pemalu. Dekat whatsapp je dia borak panjang panjang. Depan depan dia diam, jawab sepatah sepatah. Dia cuma berbual panjang dengan kawan kawan perempuan. Kalau dengan lelaki memang dia awkward. Jadi masa tu aku tak fikir apa pun.

Tapi ternyata sebenarnya R dah jatuh hati dengan aku. Jadi dia extra pemalu depan aku. Dan jujur aku katakan, aku dah mula jatuh hati pada R. Cuma sebelum tu aku nafikan perasaan tu. Aku anggap aku cuma selesa berbual dengan dia sebagai seorang kawan.

Semakin lama kami semakin rapat. Aku mula tahu tentang family R. R juga mula tahu tentang family aku. Dari bercerita tentang isu semasa, R mula jadi tempat aku meluah perasaan, stress di tempat kerja aku ceritakan pada R. Stress di rumah pun aku ceritakan dengan R. Sampai hal gaduh dengan isteri pun aku cerita pada R. She was a good listener dan aku rasa lega bila dapat meluah.

Bukan aku tak ada kawan lelaki, tapi response tu berbeza. Lelaki kebanyakannya bukanlah pendengar yang baik. Kalau aku cerita, respond diorang sama je “relax je lah bro.” Cerita aku tak habis lagi ni tapi dah disuruh diam secara halus. So faham je lah, diorang tak minat nak dengar.

Walaupun R suka pada aku, tapi dia tak pernah cuba siram minyak bila aku meluahkan rasa marah atau bengang dengan isteri aku. Kadang kadang dia pula yang menangkan isteri aku. Lama lama dari suka aku dah mula jatuh sayang. R ni nampak independent tapi agak helpless. Cuma dia suka act strong, act macam dia boleh buat semua benda. Naluri lelaki mana boleh tengok perempuan tengah susah kan.

Jadi aku pun sentiasa cuba nak tolong R walaupun dia tak minta. Mula mula aku tak anggap apa-apa pun dengan pertolongan tu tapi bila difikirkan semula, aku tolong memang sebab aku sayangkan dia. Satu hari tu, dengan beraninya aku tanya R, dia sudi tak kahwin dengan aku. R hanya ketawa. Dia anggap aku bergurau. Bila aku cakap aku serius, R bagi kata putus yang dia tak nak bermadu.

Aku terus diam. Terasa hati. Berbulan bulan aku ignore whatsapp dia. Tapi bila hati aku dah tenang, aku teruskan berbalas whatsapp dengan dia. Hakikatnya aku rindu. Rindu sangat dengan dia. Sejak daripada tu, beberapa kali aku hint dekat dia tentang niat aku nak jadikan dia isteri kedua. Tapi R tetap bertegas yang dia taknak bermadu.

Once, aku nyatakan aku takkan mampu tinggalkan isteri aku sebab anak anak. Stress macam mana pun aku dengan rumah tangga, aku akan pertahankan demi anak anak. Perkataan berpisah memang takkan ada dalam kamus hidup aku.

Dan balas R: “Stay je dengan isteri you. Sibuk nak cari lain kenapa?”. Aku diam. Aku jadi confuse. Marah pun ada. Dia mengaku dia suka dan sayangkan aku tapi kenapa dia taknak kahwin dengan aku? Walau macam mana pun, kami makin rapat. Selain whatsapp, kami juga ada berhubungan melalui telefon. Dan aku video call dia hampir setiap malam untuk berbual. Tapi jangan fikir bukan bukan. Perbualan kami clean. R bukan jenis perempuan yang “nakal”.

Banyak benda aku buat demi R. Sanggup tukar phone guna iphone sebab nak sama dengan R dan nak facetime dengan R. Sanggup beli iwatch sebab taknak terlepas whatsapp R. Sanggup tak tido malam sebab nak call R. Macam meacam lah lagi mengalahkan orang muda bercinta (tapi masa tu aku baru 34 kira muda lah kan).

Status R dalam hidup aku kekasih gelap. Memang aku anggap dia sebagai girlfriend aku walaupun kami tak pernah keluar dating. Aku pernah jumpa R luar kuliah dan dia memang nervous betul berdua dengan aku jadi aku decide untuk tak ajak dia keluar berdua untuk berjumpa. Cukuplah di telefon. Dan sebabkan aku rindu nak tengok wajah dia, aku video call. Setakat itu je.

Korang dah benci kat aku ke belum ni? Haha. Relationship maya kami berterusan hingga hampir 4 tahun. Rasa sayang dan cinta aku pada dia makin mendalam. Apa yang R rasa? Aku pun tak pasti. Cuma ketika di hujung hujung “perhubungan” kami, aku dapat tahu ada seorang lelaki yang nak berkenalan dengan R.

R ceritakan pada aku tentang lelaki tu yang sungguh sungguh nak berteman dengan dia. Aku layan cerita R macam tak ada apa apa sedangkan hati aku dah meluap luap marah. Tapi… apa hak aku nak marah? Dia bukan milik aku.

Lama kelamaan aku mula makan hati. Walaupun R masih melayan aku macam biasa, dalam hati aku dah mula berbaur. R masih menolak untuk jadi isteri kedua. At the same time ada lelaki lain yang tengah kejar dia. Aku jadi frust. Sangat frust.

Perlahan lahan aku mula kurangkan berhubungan dengan R. Dia perasan dan dia pernah tanya. Tapi dia tak pernah paksa aku untuk terus berteman dengan dia. Walaupun aku rindu sangat dengan R; aku pendam. Sejujurnya aku tak tahu sama ada perasaan sayang R pada aku tu sayang sebagai seorang kawan ataupun sayang sepertimana aku sayang dia?

Kadang kadang cemburu macam kekasih tapi bila ajak kahwin kena reject. Dan kalau aku luahkan rasa cemburu terhadap lelaki tu, R hanya ketawakan aku. Dia anggap aku main main. Seolah olah dia tak percaya aku ni cinta dan sayangkan dia.

Lama kelamaan; kami semakin renggang. Sangat pedih. Tapi aku tahu perhubungan kami takkan sampai ke mana. Dan pada masa yang sama, ada sesuatu berlaku antara aku dan isteri dan aku sedar aku harus buat keputusan.

Memandangkan R pun tak mahu jadi isteri aku, aku buat keputusan untuk pulihkan rumah tangga aku. Aku kembali kepada isteri aku. Walaupun isteri aku tak pernah cakap apa apa tapi aku rasa dia tahu aku ada teman lain. Aku tahu dia tentu sedih, tentu kecewa.

Tak lama lepastu, aku terus berhenti berhubungan dengan R. Dan R pun tak pernah hubungi aku lagi seolah olah dia faham apa yang berlaku. That’s the thing about R dengan aku. Kami macam ada satu instinct yang sama walaupun tak jumpa depan mata.

Aku tak perlu bagitahu dia yang aku sibuk dan dia tetap akan tahu. Bila aku sakit pun dia tahu aku tengah sakit sedangkan aku tak bagitau dia apa apa. Jadi bila aku diam secara tiba tiba aku rasa R pun faham dan terus berhenti hubungi aku.

Dah 2 tahun since the last time we spoke to each other. Tapi aku tak pernah lupakan R sampai hari ini. Aku masih rindu, tapi rindu pada memori kami bersama. Memori alam maya. Hubungan aku dengan isteri pun makin pulih. Anak anak makin besar. Dan aku pun semakin tua semakin matang barang kali. Bila aku stress aku mengadu kepada Allah. Itu lah jalan terbaik.

Bohonglah kalau aku kata aku dah lupakan R. Cuma aku mengajar diri aku untuk tak terlalu memikirkan dia. Aku tak tahu apa khabar R sekarang. Cuma aku harap dia peroleh kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup dia.

Episod aku dan R merupakan ujian terbesar dalam rumah tangga aku setakat ni. Tapi alhamdulillah, aku berjaya melepasinya. Aku hampir tersasar tapi Allah kuatkan hati aku untuk bertahan, kuatkan jodoh aku dengan isteri untuk kekal bersama.

Aku bersyukur, ujian yang Allah hadirkan kepada aku adalah seorang perempuan yang tahu tempatnya. Tak melebih lebih dalam menyatakan rasa sayang dia kepada aku. Andai kata R setuju bermadu, setuju menikahi aku, mungkin jalan cerita aku akan berbeza.

Ramai lelaki yang bila diuji rasa cinta selepas berkahwin akan terlanjur, ada yang nekad bernikah, berp0ligami, malah berpisah dengan isteri. Tapi aku bersyukur aku tak perlu menghadapi semua itu. Cuma rasa kecewa dan patah hati yang aku simpan kemas dalam jiwa. Tak pernah aku beritahu sesiapa. Cukuplah aku dan Allah sahaja yang tahu.

Aku juga bersyukur dikurniakan isteri yang penyabar. Memang dia tak sempurna tapi begitu juga aku. Kami berdua berusaha untuk perbaiki diri agar rumah tangga kami kekal bahagia. Kepada para suami ambil kisah aku sebagai iktibar. Buruknya isteri kita adalah cerminan kepada kegagalan kita membentuk dia. Jangan cepat cari lain. Yang baru belum tentu yang terbaik. Kenang kembali janji janji saat bernikah dulu. Tataplah wajah anak anak untuk tetapkan hati kita.

Perkahwinan bukan satu pengakhiran tapi satu permulaan. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Umpama ombak besar yang menghempas bahtera perkahwinan. Suami sebagai nakhoda seharusnya buat keputusan bijak. Untuk para isteri; jangan cepat melatah. Jujur aku katakan, lelaki yang jatuh cinta dengan perempuan lain selepas berkahwin adalah RAMAI DAN NORMAL. Apa yang membezakan adalah tindakan dia sama ada dia teruskan perhubungan atau padamkan rasa cinta tu. Takde siapa minta jadi macamtu.

Tatkala kami salam akad nikah, niat kami dah tekad untuk membahagiakanmu wahai para isteri. Rasa cinta yang hadir untuk perempuan lain adalah ujian ke atas kami. Jangan cepat mengalah. Kami lelaki bukan manusia sempurna. Mudah kalah pada nfsu. Genggamlah tangan kami dan pimpin kami untuk menjauhi perkara perkara sebegitu. Tolong ingatkan kami tanggungjawab kami terhadapmu dan anak-anak.

Untuk isteriku, terima kasih kerana menjadi seorang wanita yang sangat kuat, sangat hebat. Terima kasih kerana memahami; memaafi dan menerima kekurangan diri ini. Untuk R, terima kasih kerana hadir dalam hidupku sebagai satu pengajaran yang sangat hebat. Semoga kau bertemu kebahagiaan dengan lelaki yang mampu mencintai dan menyayangimu lebih daripada aku.

Sekian.

Reaksi warganet

Norhuda Kamal – Laki orang dan perempuan bujang (yang tahu manusia tu suami orang) sama2 tak cerdik. Rasa nak marah tapi nnti berdosa pulak. Tak pasal2 berdosa sebab memarah lelaki dan perempuan bongok macam tu… Engkau orang berdua solat tak? Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan mungkar.

Siti Zubaidah – Minat kat pompuan lain pastu bila pompuan lain tu ada yang mengorat meluap2 hati marah. Tapi bila nak berp0ligami mungkin dimintak isteri untuk redha dan pasrah. Kalau marah dikata berdosa. Hmmmm. Lagi satu kalau suami suka yang lain tu normal?? Dok jatuh cinta dengan orangg lain bertahun2 sedangkan dah berbini tu normal? Harreeeyyy lagu ni 🤣🤣🤣🤣

KN As – Jatuh cinta tu normal. Tapi melayan sampai 4 tahun tu tak normal. Retak hati isteri, pendam sorg2. Alhamdulillah happy ending, tolong jaga hati isteri baik2. Jangan musnahkan kepercayaan yang dia dah bagi lagi sekali. Bukan senang untuk bina balik kekuatan untuk percaya someone yang hancurkan kepercayaan tu..

Eja Ezzate – Kalau isteri kau yang ada hubungan dengan lelaki lain, apa respon kau? Sampah betul. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Isteri kat sebelah pun boleh selingkuh, kalau isteri PJJ aku tak tahu la camne jadinya. Bersyukurlah isteri kau tak jadi sampah macam kau. Bukan semua orang boleh maafkan orang selingkuh. So jagalah dan hargailah isteri kau sebaiknya. Jangan lupa pulak, andaikata lepasni isteri kau terpikat dengan lelaki lain, tolong maafkan dia sebagaimana dia sentiasa maafkan kau sebab dia pun manusia biasa. Yang melakukan kesilapan, sama macam kau.

Azie Fazila – Ramainya perempuan kritik. Nak komen pun rasa bersalah. Haha. Biasalah kebanyakan orang lelaki (semoga husbandku tak tergolong dalam golongan ni) berskandal bertahun tahun, siap ada yang angkut pergi hotel. Bila kantoi, perempuan disalahkan sebab tolak p0ligami. Tapi tak fikir hati yang retak bila trust pada suami sendiri dah hilang.

Sepatutnya bila dah ada keluarga sendiri, baik lelaki baik perempuan kena tahu batas pergaulan dengan orang lain. Kalau betul nak p0ligami, buat dengan cara terhormat. Bukan skandal kiri kanan depan belakang. Dan percayalah, saitan tu sentiasa perindahkan yang haram tu untuk keturunan adam. Konon bila bersembang dengan bini sendiri tak ada topik, tak dapat respon. Habis kalau bini ajak sembang, hang dengar ke tak? Aduhh tak memasal aku komen jugak kat post ni.

Sumber – Zhaf (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *