Semasa

Tak hadir ketika Tun M umum parti baharu, rupanya ini tempat Syed Saddiq pergi

Terdahulu, Dr Mahathir berkata parti baru yang belum dinamakan itu tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran “iaitu tidak bersama Pakatan Harapan dan tidak juga dengan Perikatan Nasional.”

“Apabila kami bertanding (pada pilihan raya akan datang) kami mungkin akan adakan perjanjian dengan parti-parti, mungkin juga tidak. Tetapi selepas pilihan raya, kami boleh menyertai sesuatu gabungan atau lainnya.

“Kami bebas, kami boleh buat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti yang kami fikir akan membawa matlamat penubuhan (parti) kami,” katanya.

Beliau memberikan jawapan serupa ketika ditanya jika beliau akan membentuk blok ketiga bersama dengan Warisan.

Ditanya mengapa beliau tidak menyesuaikan kekuatan barunya bersama bekas rakan-rakan dalam PH, Mahathir menyebut terdapat “masalah” dengan PKR.

“Kami ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan, tetapi kami ada beberapa masalah dengan parti terbesar PH. Saya tidak mahu menyebutkannya, tetapi saya rasa anda semua tahu, ”katanya.

“Kami tidak berpecah daripada siapa pun, kami bebas daripada semua orang,” tambah Mahathir ketika ditanya sekiranya beliau berpecah dengan Anwar.

Selepas mengumumkan pembentukan parti Melayu dan peribumi baru, Dr Mahathir Mohamad memberitahu penyokongnya bahawa wadah baru politik itu tidak perlu menjadi besar selagi mempunyai anggota yang komited.

Katanya, parti itu mungkin tidak akan menang kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, jelasnya ia boleh menjadi penentu dalam menentukan blok mana yang akan menang pilihan raya akan datang.

“Bila kita bertanding, tak mungkin kita dapat cukup untuk menubuh kerajaan, tapi kita boleh menjadi satu kumpulan yang boleh menentukan siapa akan menang.

“Kalau parti kita ini kemas, kita boleh arah untuk siapa yang kita akan pilih , saya yakin kita akan main peranan penting, kerana kita akan menentukan siapa yang menang,” kata Dr Mahathir kepada kira-kira 300 penyokongnya di Hotel Pullman di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Syed Saddiq raikan persaraan ibu selepas 38 tahun jadi pendidik.

SELAMA 38 tahun mengabdikan diri sebagai guru, ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz akhirnya bersara pada Jumaat.

Hari keraian itu turut dikongsi Syed Saddiq menerusi laman sosial miliknya sehingga ia mengundang perhatian ramai.

“Selamat bersara mama. Dia sudah berkhidmat sebagai guru selama 38 tahun.

“Dia bukan sahaja ibu saya, malah guru saya juga,” tulis Syed Saddiq dengan menyertakan sekeping foto bersama wanita itu.

Lebih memilukan, Syed Saddiq mendedahkan majlis persaraan itu berlangsung seminggu selepas ibunya menjalani pembedahan akibat kans3r payudara.

Kata Syed Saddiq, ibunya berjaya melawan kanser itu pada 2013 sebelum mendapat tahu ia kembali menyerang baru-baru ini.

Posting Syed Saddiq pada Julai lalu.

“YB (Yang Berhormat), you better carikan menantu buat mama cepat. She must be boring duduk rumah nanti, at least adalah peneman kan.

Malah, dia juga ada berkongsi hal itu dan memohon doa orang ramai untuk kesihatan ibunya yang menjalani pembedahan pada 28 Julai lalu.

“Minggu lepas baru lepas surgery, berentap lawan kanser. Hari ni dah kembali sebagai “Queen of the day” untuk majlis persaraan,” tulis Syed Saddiq lagi.

Dia bukan sahaja ibu saya, malah guru saya juga. SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

Di Twitter misalnya, rata-rata netizen membanjiri posting berkenaan dengan ucapan selamat buat ibunya.

Selain itu, mereka turut menzahirkan doa dan rasa simpati atas keadaan kesihatan ibunya dan berharap agar dia diberi kesembuhan segera.

Malah, ada juga yang berjenaka agar Syed Saddiq mencari calon menantu buat ibunya

“Selamat bersara mama. Ehh, selamat berehat makcik. Semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

“Terima kasih atas pengorbanan sebagai pendidik,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, perkongsian terbaharu Syed Saddiq mengenai persaraan ibunya pada Jumaat seolah-olah memberi jawapan kepada mereka yang ternanti-nanti kelibatnya bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan pembentukan sebuah parti politik baharu pada hari sama.

Kredit;trendingsgt

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *