Viral

Asri dedah dia dapat satu panggilan dari Ayahanda kawasan

Petang ini menteri KDN sendiri bersama Asri datang ke Sungai Buloh untuk meninjau situasi semasa

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ditemani Asri Janggut melakukan tinjauan di sekitar Bandar Baru, Sungai Buloh bagi melihat sendiri premis perjud1an, penjualan rokok selud0p dan perniagaan yang dijalankan warga asing seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Asri yang di temuramah wartawan juga memberitahu hari ini pihak MBSA telah datang sekali lagi melakukan operasi menutup mana-mana permis yang melanggar peraturan termasuklah pegerai-pegerai kecil

Menurut Asri lagi, dia mengambil kesempatan merayu kepada pihak MBS supaya memberi kelonggaran kembali kepada pegerai-pegerai kecil untuk terus mencari rezeki di kawsan tersebu

Asri juga meminta maaf kepada kawan-kawan pegerai kecil lain yang terkesan selepas video yang di buat beliau tular

Asri terima panggilan dari Ayahanda kawasan

Ketika ditanya wartawan mengenai ancaman yang beliau terima, Asri mendedahkan dia ada menerima satu panggilan dari seorang individu yang tak di kenali mengaku sebagai Ayahanda di kawasan tersebut dan memberi amaran kepada Asri bahawa apa yang di lakukan beliau (mendedahkkan pusat judi) adalah tidak patut

Pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid Bercakap Kepada Media Berkaitan Kes Viral Kedai Judi Berleluasa di Bandar Baru Sungai Buloh.

🔴 ((LIVE)) | Pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid Bercakap Kepada Media Berkaitan Kes Viral Kedai Judi Berleluasa di Bandar Baru Sungai Buloh.

Posted by Malaysia Gazette on Monday, August 10, 2020

Salur maklumat, jangan tularkan’-KP Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Polis meminta orang ramai supaya tidak menularkan sebarang kegiatan perjudian di Kuala Lumpur, sebaliknya menyalurkan maklumat untuk tindakan serbuan dan tangkapan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, masyarakat boleh menghubungi bilik gerakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur yang dibuka selama 24 jam di talian 03-21460670 atau WhatsApp di talian 017-3169779.

“Jika ada maklumat tentang kegiatan perjudian atau gangsterisme, salurkan maklumat dengan tepat kepada bilik gerakan kita untuk tindakan.

“Tak guna untuk ditularkan kerana ia sedikit sebanyak akan ganggu siasatan. Ia boleh akibatkan masalah lain seperti ancaman kepada pengadu itu sendiri. Paling baik, hubungi kami yang mana identiti pengadu ini dirahsiakan.

“Kalau tular sebegitu, sudah tentu orang tahu siapa yang beri maklumat. Sekiranya aduan itu disalurkan terus kepada polis, identiti itu dirahsiakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kamera Rakaman Litar Tertutup (CCTV) Pengecaman Wajah di KK Mart, Taman Desa Petaling di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai.

Terdahulu, polis akan memanggil seorang pemilik gerai burger dikenali Asri Janggut dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung video tular yang mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima dua laporan polis berhubung video berkenaan daripada Ketua Balai Sungai Buloh dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Katanya, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Polis Diraja Malaysia dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

Malah, maklumat yang diberikan dalam video tersebut juga tidak tepat.

Kredit: trendingsgt

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *