Viral

Dengar Jer Pemilik Burger Mungkin Diancam, Datuk Nadzim Mula Bersuara

SUNGAI BULOH – “Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya,” demikian ujar Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid, 42, berhubung pendedahan beraninya mengenai kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh di sini semalam.

Mohd Asri bagaimanapun berkata, perkara sebaliknya berlaku apabila anggota polis membuat laporan terhadap dirinya dengan mendakwa pendedahan itu sebagai tohmahan.

“Ia bukan tohmahan, ini cerita betul. Sepatutnya polis menghubungi saya ucap terima kasih, hantar bunga kepada saya, sepatutnya begitu, sebab saya sudah bagi maklumat,” katanya dalam satu rakaman yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Malakat Tribune.

Mohd Asri berkata, dia sudah berusaha membuat pelbagai laporan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan berkenaan.

“Saya terancam” – Peniaga burger tular rakam aktiviti haram di Sg Buloh

“Bismillah.. penjelasan saya selepas sidang Media ketua polis daerah Sungai Buloh… saya amat amat mengharap sokongan tuan2 semua.

“Saya dah bagi maklumat,video dari bulan may 2020, tetapi tiada sebarang tindakan, tuan2 nak saya mengadu kat bahagian mana lagi?peringkat daerah? Peringat negeri? Peringkat Bukit Aman? Saya sedar nyawa saya terancam, saya harapsesuatu perlu dilakukan dengan lebih tegas

Mungkin akan dibvnuh

“Bismillah… dengan pendedahan ini saya mungkin akan di bunuh… jika saya mati dibunuh saya harap tuan2 tahu siapa punya angkara… mari saya tunjukkan bagaimana MBSA pilih bulu, anda nilai lah sendiri intergriti ketua MBSA Cawangan Sungai Buluh.

” Bismillah… MBSA cawangan Sungai Buloh angkut stall lagi … pilih bulu antara peniaga tempatan dan peniaga asing, peniaga asing jarak hanya 50 meter,dirikan khemah,jual rokok seludup,kedai mesin judi bersepah keliling pejabat MBSA Sungai Buloh langsung tidak diusik.. harap bahagian integriti mbsa , boleh buat siasatan terhadap ketua kawasan MBSA cawangan Sungai Buloh… saya akan ke Sprm

“Nanti saya akan kongsikan video .. saya harap ketua polis negara dapat membuktikan pangkat dan kuasa yang Allah pinjamkan digunakan dengan penuh amanah dan berani…

Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan mula bersuara.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mula memberi respon berkenaan isu membabitkan Mohd Asri.

Menyedari Mohd mungkin diancam, pihak PPIM akan memberi perlindungan kepadanya.

” Kita akan memberikan bantuan dari segi kaunseling serta perlindungan kepada Mohd Asri yang terdedah dengan anc4man daripada pihak tertentu.

” Apabila perkara sebegini didedahkan, pastinya ada anc4man kepada individu yang mendedahkan terutamanya membabitkan kegiatan jnayah seperti pusat juudi.

” Ini bukannya masa untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak, namun kami berharap pihak berkuasa akan bertindak segera membuat siasatan supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan,” katanya.

Serbuan ke premis judi dilakukan dua minggu lepas – Ketua Polis Sg Buloh

Sungai Buloh, 9 Ogos: Ketua polis daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan pentadbir laman facebook Hot Burger Malaysia yang mendakwa tiada tindakan diambil terhadap satu premis judi seperti yang ditularkan.

“Boleh lihat di sini berapa lama benda ni mungkin mereka ini sudah tidak beroperasi sebenarnya. Potong, dan ambil tindakan, potong grill di belakang itu untuk kita masuk.

Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.

Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa- apa kegiatan perjudian.”

Beliau berkata demikian dalam satu serbuan yang dilakukan bersama media yang disiarkan secara langsung melalui facebook Bernama TV.

Menjawab soalan wartawan sama ada pemilik premis mengetahui penyewa melakukan operasi kegiatan haram di premis sewaan, beliau menjawab:

“Setakat ini kalau pertemuan-pertemuan kita dengan masyarakat tidak ada pula dinyatakan benda ini. Kalau sekiranya ada, piak polis tidak a menyembunyikan apa-apa maklumat. Kalau maklumat yang sebegini, memang kita akan pergi buat tindakan. Kalau dilhat kawasan dia, pintu depan tidak dibuka, semua masuk dari pintu belakang, dan mereka mungkin akan memilih siapa pelanggan mereka, bukan semua (boleh masuk).”

Beliau juga mengakui kegiatan sindeket judi ini sering berulang-ulang.

“Yang ini (premis judi) dia berulang-ulang, buka tutup, buka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serbuan dia tutup. Lepas tu dia akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar”

Mengenai kedai rokok seludup, beliau mengesahkan sudah dua kali serbuan dibuat.

“Sebelum ini memang kita sudah buat serbuan. Kalau tak salah saya sudah dua kali serbuan dilakukan dan kita pernah ambil tindakan dan kita masih menunggu lagi arahan selanjutnya untuk kertas siasatan itu dirujuk kepada pegawai .. untuk arahan selanjutnya.”

Dalam pada itu beliau meminta masyarakat memberi maklumat dan berjumpa dengan beliau.

“Masyarakat bagi maklumat, jumpa dengan saya sebab saya bersikap keterbukaan, dan saya bercakap tegas tentang perkara ini”

Semalam, dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana mendakwa ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.

Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih 4 juta tontonan dan 70k perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti haram berkenaan.

Berikut reaksi dari netizan

“Memang ditahap berat dah negara kita,rasuah dh jadi halal,pihak berkuasa,pemerintah pegang watak jahat filem tamil,ulama dh jadi ular dlm semak,yg benar jadi racun,yg salah jadi makanan.

“Orang buat aduan siasat..bukannya jadi defensive sangat..apa punya KPD la…emo tak pasal²….berlagak bagus….mintak sprm siasat ipd sungai buloh dan mbsa kerana salah guna kuasa dan mungkin ada unsur rasuah.

“Sepatutnya polis tak perlu buat laporan mengatakan orang nin. memfitnah dan memburukkan polis dan polis sedang mencari mnya sebalik polis dengan bersopan santun meminta jasa baik orang ini datang berjumpa KPD sendiri untuk meminta dia memberi butir2 maklumat.

“Dunia akhir zaman brader.. pegawai, pemimpin yg khianat diangkat, yg jahil dipilih.. yg zalim dibagi mkn suap.. keadilan di akhirat akan ditimbang seadil adilnya.. terus bergantung pd Allah, yakin dipihak yg benar.. hidup mati demi agama dan takutlah akan dosa.. kami sentiasa doakan yg terbaik utk brader

Sumber: hmetro

Kredit:trendingsgt

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *