Viral

Cuba tunjuk ‘pandai’ persoal kekayaan TMJ, sekali cucu Tun M terdiam kena SMASH balik

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas cucu kepada Tun Dr Mahathir yang mempersoalkan harta milik Kesultanan Johor.

Tunku Ismail ketika membalas ciapan Melia Serena Mukhriz di Twitter berkata kekayaan Sultan Johor bermula seawal tahun 1885 lagi iaitu sebelum Mahathir dilahirkan.

“Alhamdulillah, berkat berniaga sejak 1885, kami dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah. Malah hadiahkan kerajaan British sebuah pesawat sebelum datuk kamu lahir lagi.

“Sekarang boleh saya tahu bagaimana keluarga anda menjadi begitu kaya? Hanya ingin bertanya kerana saya juga mengimpikan menjadi seorang yang kaya raya seperti keluarga anda. Saya berharap mereka sudi mengajarkan saya,” bidas Tunku Ismail secara sinis.

Tunku Ismail turut memuatnaik beberapa keping gambar bagi membuktikan kenyataannya itu.

Terdahulu Serena dilihat cuba menyindir Tunku Ismail melalui ciapannya.

“Dari mana anda (Tunku) mendapat duit boss? soal Serena ringkas.

Cucu Mahathir yang juga merupakan salah seorang anak Mukhriz telah membuat satu hantaran di twitter menyoal tentang dari mana TMJ memperolehi wang yang sering disumbangkan kepada rakyat negeri Johor oleh keluarga Diraja Johor itu.

Sebelum ini TMJ telah berbalas posting bagi menjawab fitnah oleh Page Bersatu TV dan bekas pegawai Mukhriz Mahathir di twitter.

Walau bagaimanapun posting cucu mahathir berkenaan telah menjerat diri sendiri kerana soalan tersebut umpama “memberi bola tanggung kepada Lin Dan sambil meletakkan muka dihadapan jaring” kerana terlalu mudah untuk di SMASH oleh TMJ.

TMJ menyoal kembali cucu Mahathir dan memohon mengajarnya bagaimana keluarga bekas Perdana Menteri tersebut boleh menjadi begitu kaya raya.

Posting kedua – dua mereka juga mendapat maklumbalas yang pebagai oleh warganet yang majoritinya menyebelahi dan menyokong keluarga Diraja Johor itu.

Warganet kebanyakkannya secara sinis memerli cucu mahathir berkenaan..

Umum mengetahui bahawa keluaga Diraja Johor adalah salah satu keluarga Diraja yang kaya raya kerena mereka telah terlibat di dalam perniagaan dalam dan luar negara semenjak dari dahulu lagi jadi gaya kehidupan mewah bukan perkara asing bagi mereka.

“Terciduk cucu Tun Mahathir bila TMJ jawap dari mana kekayaan nya dengan bukti dan fakta lengkap turun temurun. Cucu Mahathir ni anak Mukhriz terus tak dapat jawap bila ditanya datang dari mana kekayaan luar biasa keluarga nya. Kau orang boleh tolong jawap?”-tulis Papa Azri

Untuk rekod Majalah bisnes Forbes Asia menyenaraikan salah seorang anak Mahathir adalah antara 8 orang Melayu terkaya di Malaysia dengan jumlah harta sebanyak USD308 juta untuk tahun 2020.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul pada Jun lalu mendakwa kekayaan anak-anak Mahathir berjumlah berbilion.

Kredit: Mb

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *