Viral

Perut Buncit Buatan Suami Ketika Aku 16 Tahun. Ini Pula Suami Masa Tengah Pantang 40 Hari.

Nama aku Safiya berusia 29 tahun merupakan ibu kepada tiga cahaya mata. Aku menulis disini kerana ingin bertanyakan pendapat pembaca semua.

Aku kini hanya tinggal 29 hari (semasa menulis kisah ini) sebelum hari perbicaraan. Sebelum aku mulakan kisah dengan lebih lanjut.

Mari aku ceritakan latar belakang aku. Aku semasa bersekolah dulu merupakan pelajar cemerlang, top debater peringkat daerah, public speaker yang mewakili daerah ke peringkat negeri, wakil daerah bola jaring.

Namakan apa apa aktiviti ko kurikulum dan akademik. Mesti aku yang jadi wakil sekolah. Namun begitu, ketika aku berumur 16 tahun sesuatu terjadi hingga merubah segalanya.

Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang menjadi suami aku ketika berumur 16 tahun. Kami hanya bercakap, message dalam phone sahaja.

Keluarga aku mengambil keputusan untuk nikahkan aku. Aku hanya mengikut walaupun aku tak nak bernikah dengan dia.

Sebab setelah check, suami aku ketika itu memang ade berhubungan dengan perempuan lain. Aku akur dengan keputusan keluarga sebab aku tahu memang aku yang salah.

Kalau aku tak ambil keputusan untuk jumpa lelaki tu mungkin aku takkan mengandung. Setelah bernikah, aku tetap meneruskan pelajaran aku.

Aku mengambil SPM ketika mempunyai seorang anak. Aku memperoleh 6A tapi hanya melanjutkan pengajian di kolej swasta kerana tidak dapat tawaran ke IPTA.

Mungkin sebab status aku yang dah berkahwin. Banyak perkara yang bercanggah selepas aku kahwin. Sebagai contoh asal usul suami, dia cakap dia dari negeri P.

Aku rasa dia hanya terpaksa mengahwini aku. Dia pernah cakap kat aku, anak tu bukan anak dia. Mungkin anak orang lain sampai dia terpaksa kahwin dengan aku.

Tapi aku yakin dan pasti sebab tiada lelaki lain yang pernah sentuh aku kecuali dia. Akhirnya, bila anak keluar dan muka sama macam dia baru dia mengaku.

Kami kerap bergaduh ada sekali dia pukul guna kasut sampai lebam ditangan namun setakat itu je yang dia buat. Selebihnya banyak perkataan yang menyakitkan apabila bergaduh.

Sehingga tahun keenam perkahwinan, suami mula berubah. Banyak duduk didalam bilik. Sebabkan aku boleh access account dia, banyak transaksi pindahan wang yang mencurigakan.

Akhirnya aku dapat tahu dia aktif berjudi online. Setiap kali aku tanya setiap kali itulah aku dipukul sehingga lebam, tak boleh bangun.

Itupun jiran bagitahu selepas suami aku ditangkap polis. Ada satu hari ketika anak aku main telefon suami, aku tergerak hati untuk buka whatsapp suami.

Aku nampak banyak screenshot transfer duit kat acc nama perempuan dan suami aku panggil perempuan tu baby. Aku tanya suami aku perihal itu, akhirnya aku dipkul teruk. Bibir pecah, kedua dua mata aku lebam. Tangan, kaki lebam.

Aku dipukul selama 6 jam. Suami aku bawa aku ke satu tempat dan dia cakap dia akan pastikan aku mti hari tu juga. Anak anak ada dirumah pada masa tu termasuk baby berusia 40 hari.

Setelah aku teruk dipkul, akhirnya suami hantar aku pulang kerumah dan dia terus keluar rumah. Aku buat keputusan untuk laporkan kepada polis. Polis suruh aku pergi hospital untuk check up.

Setelah beberapa hari suami aku ditangkap. Aku buat keputusan untuk berpindah dan mulakan hidup baru.

Semasa sebutan kes cerrai yang pertama, bila hakim cakap setuju atau tak dia nak cerraikan aku. Dia cakap dia sayangkan aku lagi.

Aku bersetuju untuk tarik kes. Aku dah tarik balik laporan polis yang aku dah buat. Jujur aku cakap time tu pun aku masih sayangkan dia, nak dia ada bersama besarkan anak anak.

Lagi lagi bila tengok baby aku nie. Kesian. Langsung tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa.

Cuma masa PKP nie aku tak kerja. Banyak masa terluang, aku banyak membaca sebab aku pun ada major dpr3ssion dan anxiety selepas apa yang jadi nie.

Kalau orang tanya apa yang aku nak ketika ini, aku hanya nak diri aku bebas dari seorang lelaki yang bernama suami.

Bagi aku kalau dia dibebaskan lagi senang aku nak bercerrai ataupun keputusan yang aku buat ni salah.

Terima kasih semua.

Kredit: kuasaviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *