Viral

Pen4ngan v1de0 Asti Janggut, tiga penguat kuasa MBSA dit4han SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) men4han tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana dipercayai mengutip dan menerima r4suah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar kawasan Sungai Buloh.

Menurut sumber, dalam operasi jam 9 pagi tadi tiga pegawai penguat kuasa berusia antara 41 hingga 49 tahun dit4han di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan.

“Dua penguat kuasa dari Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam dit4han.

“SPRM turut men4han peniaga rokok selvdup berketurunan Aceh seperti yang tular dalam video sebelum ini kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Sumber berkata, peniaga itu beroperasi sejak 2019.

“Dia dikatakan membayar wang r4suah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

 

“Tangkapan ini susulan pendedahan yang tular menerusi dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima r4suah daripada premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan perniagaan h4ram termasuk penjualan rokok selvdup dan aktiviti perjudian di sekitar Sungai Buloh,” katanya.

Menurutnya, penguat kuasa yang dit4han dipercayai menerima r4suah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

“Ini termasuk premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

“Ada juga yang berperanan sebagai pengkh1anat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi yang akan dilaksanakan. Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan diketahui awal oleh peniaga ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan tidak menolak ianya kutipan rasuah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa.

Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah dalam kalangan penguat kuasa untuk tampil memberikan kerjasama.

“Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

“Semua yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah,” katanya.

Sumber: Metro

Kredit:trendinggiler

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *