Hiburan Infomaklumat Umum Viral

“Bila bercinta, semuanya jd murah”. Dgn bf siap cium tgn dahi pipi bgai, vc free hair. Yakin sgt nnt kahwin ke

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Terima kasih ya admin kalau sudi siarkan confession saya. Aku terdetik nak tulis ni setelah sekian lama. Asyik terbaca isu terlanjur. Sengaja atau tak sengaja.

First of all, aku cuba menulis secara tak formal. Dan semuanya kisah dari aku, pendapat aku. Aku tak ikut majoriti atau minoriti. Cuma nak share apa yang aku rasa. Kita semua ada cara berfikir yang tersendiri. Dan penulisan aku lebih berat kepada pihak wanita.

Aku bukanlah manusia sempurna nak bercakap pasal hal ni. Jauh sekali. Baru berusia 25 tahun. Banyak lagi garam yang tak sempat rasa. Cuma, aku banyak memerhati. Jadi, agak serba salah untuk aku diamkan kali ni.

Mulanya memang aku tak boleh bayang, macam mana seorang perempuan boleh semudah itu nak serahkan segala galanya kepada seorang lelaki.

Tak kisah yang berpelajaran, kurang pelajaran, yang ada didikan agama, kurang didikan agama. Bila masuk je bab bercinta ni, semuanya boleh jadi murah. Semudah itu.

Jujur aku kurang arif bab bercinta sebab aku tak pernah bercinta. Tapi dari zaman sekolah sampai sekarang, kawan kawan terdekat aku kebanyakannya bercinta. Ada yang berakhir dengan pernikahan, ada yang tidak.

Ada kawan yang setiap kali jumpa dengan bf, perlakuan diaorang macam orang dah kahwin. Siap bersalaman, cium dahi pipi bagai. Ada yang video call dengan tunang, sambil free hair.

Yakin sangat boleh kahwin ya? Sedangkan baru bertunang, tak ada hak lagi untuk tunjuk aurat semua masih terbatas. Ada yang suka keluar entah pergi mana siap bermalam berduaan.

Banyak lagi. Takut aku nak cerita. Sebab semua tu perlakuan kawan kawan aku. Kawan kawan aku bukan orang biasa biasa. Masing masing berpelajaran tinggi. Ada ilmu agama. Ada yang bekerja sebagai doktor, ada yang graduan Phd.

Kalau ikut logik, sepanjang berkawan dengan diaorang, masing masing waras. Tahu halal haram. Tapi kenapa bila masuk hal bercinta ni boleh sampai tergadai maruah? Mudah sekali syaiitan memesongkan hati.

Aku pernah tanya kawan aku yang dah tunjuk aurat dia kepada bf dia. Dia cakap dia sendiri tak tahu kenapa dia buat macam tu. Dia tahu semua tu dosa. Tapi still dia buat. I don’t know if they did something more than that.

Sepanjang dia bercinta, memang ada je berlaku benda benda yang buat aku musykil dan syak something. Tapi aku husnudzhon je la since kawan aku ni lagi bijak pandai dari aku. Alhamdulillah dia dah kahwin dengan lelaki tu. So, semua tu dah jadi urusan dia dengan Allah.

Bagi aku, cara selamat untuk tak terlibat dengan semua ni, jangan bercinta. Tapi, some of you mungkin tak setuju. Aku pun tak bersetuju. Apa yang aku fikir, kalau tak bercinta macam mana nak kenal dengan bakal pasangan kita tu? Dan macam mana pasangan nak kenal kita?

Tapi bila teliti balik, yang bercinta bertahun pun, bila dah kahwin baru tahu perangai sebenar. Buktinya apa? Kenal lama atau baru kenal, tak menjamin kita untuk betul betul kenal orang tu pun.

Balik kepada akar masalah ni, maruah takkan tergadai kalau kita tak mula untuk bergaul mesra, berkawan dan seterusnya bercinta, betul tak?

Aku bercakap pasal terlanjur. Bukan rg0l ya. Itu lain cerita. Yang aku cakap ni masalah yang kita sendiri beri peluang untuk berlaku. Kita yang mulakan.

Aku sendiri bersyukur la sebab muka tak cantik mana. Orang pun takut nak dekat. Sangat segan dengan lelaki. Berhubung bila perlu sahaja. Syukur di didik oleh seorang ayah yang garang.

Aku dibesarkan dengan ugutan, “Jangan bergaul mesra dengan lelaki. Nanti ayah rotan dengan batang buluh.” Jadi, sampai sekarang lah aku tak berminat dan tak reti nak berkawan dengan lelaki.

Nfsu nak bercinta tu memang ada. Aku tak nafikan. Teringin nak berkawan dengan lelaki pun selalu je rasa. Tapi perasaan tu datang dan pergi macam tu je. Aku tak ambil kisah sangat.

Bagi aku, it’s okay to deny this kind of feeling. Sebab banyak lagi benda yang aku perlu focus. Kalau niat nak berkawan tu pun dah tak betul, better let it go je la.

Aku pernah tau berdoa nak berkawan rapat dengan kawan kawan lelaki. Siap sebut nama sorang sorang dalam doa. Masa ni aku baru sambung master. Takde kawan.

Course aku tu ramai lelaki. So, nak luaskan connection la kiranya. Takut ketinggalan. Biasanya sembang dengan lelaki banyak topik best. So, bersungguh lah aku ni mintak Allah bagi aku peluang nak rapat dengan diaorang.

Masa ni jugak aku tengah dalam fasa nak improve diri aku in term of communication la. Allah jawab doa aku. Aku banyak peluang untuk lepak dengan diaorang.

Sampailah satu masa, aku sedar, Allah bagi peluang tu sebab Dia nak aku nilai, berbaloi ke aku nak berkawan rapat dengan lelaki lelaki ni. Sejak tu, aku dah slow down. Jumpa kalau ada meeting, seminar dan lain lain function yang penting je. Boleh je hidup.

Semua ni atas diri kita sendiri. Kita yang kena latih diri untuk sentiasa aware, berjaga jaga. Tambah tambah yang jenis peramah dengan semua orang. Tolong sangat jangan leka. Kawan aku yang jenis peramah ni lah mostly senang diganggu.

Aku tak suruh jangan jadi peramah, tapi peramah biar bertempat. Dan tahu untuk defense diri sendiri kalau tetiba orang ajak sembang hal bukan bukan. Ni yang sampai join sekali bersembang isu yang tak patut, uhhh pleasee don’t. Perempuan kena tinggi rasa malu.

Sekali lagi, aku bercakap atas apa yang aku rasa. Korang mungkin ada pendapat korang. Hak masing masing.

Lastly, terlalu berjaga jaga sangat sampai tak kahwin? Lelaki takut nak dekat. Dah tu, sampai ke tua lah tak kahwin.

I don’t know maannn. Jodoh tu rahsia Allah. Dapat elak dari terlibat benda yang dekat dengan ziina ni pun, syukur sangat dah. Yang aku fikir, janji Allah redha. Itu je. Kita jaga hak Allah, Allah jaga kita.

Doakan aku supaya terlindung dari perkara yang boleh mendatangkan murka Allah. Aku doakan kalian juga. Kita sama sama jaga diri.

Reaksi warganet

Jaja Halim –
Aku ade je kawan yang gemok, muka tak lawa. Badan kepam. Macamni la jenis dok kritik itu ini, kenapa kenapa kenapa… Last last umo 30, pregnant anak luar nikah. Tapi ngaku anak orang lain.

Aku malas nak cakap ape. Biasala dia je betul kannn. Hidup ni jangan asek pertikai orang itu ini. Cukup sekadar amek kisah kawan kawan sebagai pengajaran.

Nadia Amani –
Takyah bercinta dik. Just kawan kawan gitu dan jangan sekali kali masuk fasa bercinta. Kawan rapat pun ok asalkan tak bercinta.

Inshaa Allah kalau jodoh, datang la nanti jodoh awak tanpa perlu bercinta pun. Tapi kalau dah terlajak bercinta satu je nak remind, sayang macam mana pun, NEVER EVER LET MEN TOUCH YOU, ingat ayat keramat t.

Sebab dari situ akan melarat dari kecik ke dosa dosa besar berdasarkan pengalaman pengalaman orang yang awk boleh baca kat sini.

Fyi, akak pernah je dulu bercinta. Yang i love u u love me bagai. Yang kalau kawan kawan terbaca msg kiataorng nampak macam jiwang lovebirds sangat dedua. Tapi kami tak pernah berpegang tangan/bersentuhan/tayang aurat.

Walaupun ex-bf pernah minta izin nak pegang tangan, hahah lelaki kan. Nasib dia non-muslim takde la aku nak tarbiah sangat, haha.

Yang penting kita sebagai perempuan kene tegas la. Tak mustahil pun bercinta tapi tak buat benda benda gitu. Sayang Allah dulu sebelum sayang lelaki ye. Inshaa Allah u would be safe.

Wae Zah –
Betul, sangat setuju. Tapi ramai yang perli tt ni. Ya, dia tahu apa yang dia cakap. insyaAllah apa yang dia bgtau tu, peringatan untuk dia jugak. Bukan untuk kita je.

Terbuka la sikit orang nasihat ni. Ujian tu memang ada. Tapi macam mane kita hadapi ujian tu. Bila kita dah ada kesedaran, bila Allah uji soal hati, kita akan handle betul betul masalah tu. Macam mana nak buat mengikut jln yang betul.

Tq tt, atas nasihat ni, walaupn aku dah berkahwin, nasihat ni memang berguna buat aku. Senang ringkasnya, jauhi perkara perkara yang Allah larang. Tak kira lah kau single atau dah kawin, laki atau prempuan. jaga maruah.

Bila Allah larang tu, ada sebabnya. Bercinta tak salah, yang salah bila kita bercinta mngikut hawa nfsu semata mata.

Aslina Majid –
Dulu aku zaman study, coursemates semua lelaki. Habis pemikiran aku pun tune sama macam depa. Sampai bila masuk kerja aku jadi macam culture shock sebab dalam opis majoriti pompuan hahahahh.

Apepun kalo nak try rapat, jaga batas cukup. Pastu kalo ada nak melebih lebih, cepat cepat blah. Atau buat buat tak paham kalau still kena ngadap jugak depa hari hari.

Entah la aku rasa lelaki ni simple. Kalo maintain buat tak paham atau berborak tak menyimpang2 sampai terkeluar masalah personal atau isi hati, dorg still akan layan hang macam kawan kawan biasa.

Kalau berminat ke next level, elok la bawak terus jumpa parents dulu bagi depa menilai… InsyaAllah takde apape.

Jangan terlalu terbuai sangat kalo ada lelaki start puji2, cakap sweet sweet. Itu semua kebanyakkan nak test market je tuh. Hang kena keras hati sikit hahahah…

Tu je la tips aku mampu bagi…

Atiq Azhar –
Betullah apa yang tt cakap. Kalau tengok perkongsian opah dalam Baitus Solehah page boleh faham kenapa perempuan kena jaga maruah diri.

Kesian kalau dah mengandung, ada anak, keluarga buang sedih tauuu Kesian kat anak tu.

Senang je nak kenal lelaki ni nak kawen ke nak main main. Kalau dia dah mula berani pegang tangan, dah berani buat ayat menggoda (ko sendiri tahu ayat dia mesti lain dari biasa), jauhkan diri.

Selagi belum akad jagalah maruah diri. Bila berdua duaan memang trigger untuk ko kecundang. Kawan ada batas, nak berborak ada batas, nk mesej2 pun ada batas.

Bila tt tegur camni janganlah pula ‘buli’ dia, cakap orang sembang macam ni nanti kne uji baru tahu. Sampai bila tak nak terima teguran tu betul. Habis nak tunggu suci maksum ke baru boleh tegur?

Ni peringatan bersama, kita pun sama sama doa Allah jaga diri, jaga keturunan kita bukannya menakut-nakutkan tt. Moga Allah pelihara Adik2 pmpnku.

Lately memang sedih baca banyak confession sebelum kawen macam tu. Lepas kawen nnt percayalah rupa, nfsu tu tempat keseratussss. Banyak lagi tanggungjawab baru nak pikul bila kawen nanti.

Sumber – Qwert (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *