Hiburan

Terkena Tempias Kehamilan Fazura? Fattah Amin bagi Jawapan Ini.

Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi dan usia kandungan anaknya kini memasuki bulan kelima, Fattah Amin berkata dia turut terkena tempias ibu mengandung apabila mengalami perubahan selera makan.

View this post on Instagram

❤️✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Berkongsi pengalaman sepanjang isterinya, Nur Fazura berbadan dua, Fattah berkata dia tidak mengalami alahan yang teruk namun mengidam untuk makan makanan yang manis hampir setiap hari.

Sewaktu usia kandungan Fazura memasuki bulan kelima, saya ada mengalami sedikit perubahan, saya tahu ada orang cakap, kalau isteri tak mengalami alahan, mungkin kena pada suami.

View this post on Instagram

🧚🏻‍♂️✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

“Namun apa yang saya alami tidaklah teruk, saya cuma bertambah selera makan sahaja, ketika itu, hari-hari saya mahu makan makanan manis,” katanya.

View this post on Instagram

Just another boring photo.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Dalam pada itu, Fattah berkata dia sedar badannya mengalami perubahan daripada biasa terutama di bahagian muka hanya setelah dia memasuki set untuk menjalani penggambaran drama.

Sampailah bila tiba waktu saya mahu jalani penggambaran, saya sedar muka saya lebih bulat dari biasa,” katanya.

Bakal menyambut cahaya mata sulung dijangka pada Oktober depan, Fattah berkata dia sangat teruja dan pada masa yang sama gementar bakal bergelar bapa.

“Sekarang kehamilan isteri saya sudah masuk bulan yang ketujuh, insya-Allah dia akan bersalin sekitar bulan Oktober ini, sikit masa sahaja lagi.

“Saya rasa teruja dan gementar kerana ini pengalaman pertama saya menyambut kelahiran cahaya mata, saya harap para peminat mendoakan agar segala urusan saya dan Fazura dipermudahkan Allah,” katanya lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : rotikaya

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *