Hiburan Viral

Sembilan Tahun Alami S4kit Teruk. Elyana Dedah Dia Menerima Mikrofon Yang Berharga Ribuan Ringgit Oleh Seseorang Ini

KUALA LUMPUR: Senyuman terukir di bibir dan pergerakan lincah tidak membayangkan penyanyi, Elyana Emrizal, 33, berdepan dengan s4kit teruk limfoma tahap empat.Jarang dilihat penyanyi lagu Kalis Rindu itu berduka mahupun meratap nasib diri hanya kerana s4kitnya itu.

Sikap positif mahu terus brtarung dengan sakitnya jelas kelihatan ketika menyertai program Gegar Vaganza musim keempat, dua tahun lalu.Ketika itu, tiada seorang pun tahu pelakon drama komedi remaja berjudul Dunia Baru itu sudah sembilan tahun mengalami s4kit teruk hingga Elyana mengumumkan berita sedih pada malam penyingkirannya.


Elyana atau nama sebenarnya, Emeelya Elyana Emrizal berkata, api semangat perjuangannya tidak akan menyala tanpa sokongan orang yang paling dekat di hati iaitu peminat.”Sejujurnya, saya hampir patah semangat untuk kembali menyanyi selepas disahkan mempunyai s4kit teruk. Walaupun tidak mengetahui situasi saya pada waktu itu, peminat tetap memberi sokongan dan menggalakkan saya untuk terus aktif dalam bidang seni.

“Semangat diberikan itulah yang mendorong saya memberanikan diri untuk menyertai program Gegar Vaganza. Lebih membuatkan saya terharu peminat menghadiahkan saya mikrofon bernilai ribuan ringgit sempena hari ulang tahun kelahiran, bulan lalu.

“Mereka sanggup berkongsi duit semata-mata mahu membelikan saya mikrofon. Ada banyak hadiah lain yang diterima. Sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi itu membuatkan saya rasa perlu untuk meneruskan kerjaya nyanyian. Merekalah menjadi tulang belakang saya selama ini,” katanya kepada BH Online.

Berbekalkan semangat masih bersisa, Elyana berkata, dia kini sudah bersedia untuk kembali dengan single baharu, sekali gus menghantar isyarat yang dirinya tidak pernah tinggalkan dunia nyanyian biar apapun yang terjadi.


“Lagu sudah siap dan sepatutnya karya ciptaan Adi 6ixth Sense ini sudah lama dirakamkan. Bagaimanapun, rakaman terp4ksa ditangguhkan berikutan wabak C0VID-19.”Kini, saya sudah bersedia memasuki studio. Saya rasa lain sikit memandangkan sudah lama tidak membuat rakaman.

“Persediaan paling utama adalah memastikan stamina kerana s4kit berkenaan memberi kesan dari segi pernafasan. Selain sokongan peminat, saya kuatkan diri untuk terus menyanyi kerana bidang ia adalah cinta pertama saya.

“Saya sudah menjadi penyanyi sejak dua dekad lalu dan ia sudah sebati dengan jiwa saya,” ungkap ibu kepada cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah ini.Berkongsi keadaan kesihatannya, Elyana berkata, dia tidak lagi membuat rawatan kim0terapi sejak tahun lalu.

“Keadaan s4kit saya masih sama pada tahap empat. Kali terakhir saya membuat raw4tan kim0terapi adalah tahun lalu hingga saya tak boleh berjalan. Buat masa ini, saya meneruskan kehidupan dengan semangat positif yang ada.

“Doktor tidak menghalang saya menyanyi. Malah, menggalakkan saya untuk melakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan dan menaikkan semangat. Lepas ini, jika saya rasa tak sedap badan, barulah saya akan pergi hospital. Jika tidak, saya lebih selesa untuk fikir secara positif,” ulas Elyana.-bh

Sumber : erakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti