Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Penghantar makanan mavt kemalangan, isteri & anak2 hilang tempat bergantung

Seorang penghantar makanan mavt selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kilometer B.05 Lebuhraya Besraya menghala Kuala Lumpur, petang semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Muhammad Faizal Yahya yang berusia 29 tahun meninggl dunia di lokasi kejadian kerana p4rah di kepala.

“Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang berhenti di lorong kiri jalan dengan memasang lampu berkembar selepas mengalami masalah pada tayar hadapannya.
“Kira-kira 10 minit kemudian, datang sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR ditunggang mangsa melanggar belakang lori yang dipandu lelaki berusia 52 tahun itu,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

Pihaknya turut mengambil sampel darah dan urin pemandu lori tersebut untuk tindakan lanjut selain siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dari Dia kita datang, dan kepadaNYA jua kita kembali…

Menerusi laman Facebook, isteri kepada arwah yang dikenali sebagai Puteri berkongsi berita duka itu dan memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Sumber : Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli) , Facebook Ohmymedia

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *