ISU SEMASA

Lima Hari Lagi Sambut ‘Birthday’, Ank Dlam Kandvngan Menlnggal Dvnia

Memiliki cahaya mata merupakan satu rahmat yang tidak terhingga daripada Maha Pencipta. Namun begitu, ada juga insan diuji dengan kehilangan zuriat mereka ketika bayi tersebut baru sahaja mengenal dunia.

Lebih memedihkan lagi apabila sakit bersalin masih terasa namun terpaksa menatap jenazah dan juga kuburan si kecil yang pastinya sudah tidak bernyawa lagi.

Hal ini dikongsikan oleh seorang suami mengenai kehilangan anak mereka sejak dalam kandungan iaitu 5 hari sebelum isteri tersayang menyambut hari lahirnya.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, Midi Ohsem isterinya yang hamil telah kehilangan anak dalam kandungan dan terpaksa melahirkan bayi tersebut bayi disempurnakan sebagai jenazah kerana sudah cukup sifat.

Setelah bayi dilahirkan, Midi sekali lagi memuat naik momen sedih di mana mereka harus mengebumikan anak mereka yang diberi nama Qaseh Nafeesa Bt Hamidi ketika isteri bakal menyambut hari ulang tahun kelahiran tidak lama lagi.

Walaupun redha dengan kentuntuan Ilahi, namun dia dan isteri mengakui sedih dan kerap teringat akan bayi mereka yang sudah berada dalam kandungan selama 30 minggu.

Dalam pada itu Midi turut menceritakan perjuangan isterinya seusai bayi dikeluarkan apabila mengalami sedikit komplikasi. Betapa dia berasa amat risau dengan kondisi yang menimpa isterinya namun syukurlah semuanya kembali stabil semula.

Pengguna Facebook itu juga sempat menitipkan nukilan buat anaknya yang sudah tiada dan menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang setia berada bersamanya serta isteri dalam melalui detik-detik sukar tersebut.

Di perkongsian terakhir bapa tersebut, dia sangat berterima kasih kepada mereka yang mendoakan jenazah anaknya itu. Dia juga turut mengucapkan selamat hari lahir buat isteri tercinta yang menyambut ulang tahun kelahiran 5 hari selepas pemergian anak mereka.

Walaupun sedih, mereka sekeluarga tetap tabah dan yakin dengan perancangan Allah adalah lebih hebat. Dia juga mendoakan agar isteri tersayang terus kuat menempuh hari-hari yang mencabar ini.

Sumber:Midiohsem,mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *