Hiburan

Comelnya! Fasha Sandha Kongsi Foto Aisha Amaira Pada Usia Dua Minggu

Pelakon popular, Fasha Sandha berkongsi foto anak bongsunya, Aisha Amaira yang memasuki usia dua minggu hari ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram milik Fasha.

Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan ini juga sempat meluahkan rasa gembira kerana anaknya itu membesar dengan baik sejak dilahirkan pada 7 Ogos lalu.

“Assalamualaikum kesayangan ibu, hari ini Aisha dah dua minggu, Aisha membesar dengan jayanya kan, terima kasih susu ibu.

“Hari ini ibu rajin, jadi photographer untuk Aisha, pandai kan ibu Aisha jadi photographer,” tulis Fasha sebagai kapsyen.

Entri tersebut semestinya menarik perhatian wargamaya yang ‘jatuh hati’ dengan kecomelan Aisha.

Rata-rata mereka turut mendoakan agar Aisha membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 206.

Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :gempak.com
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *