Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Lelaki Bangla Mohd Rayhan yg Dihalau Telah Selamat Sampai, Tapi ini yg Berlaku Padanya Di sana

Berakhir sudah kisah seorang lelaki Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir yang datang mencari rezeki di Malaysia namun akhirnya dihantar pulang oleh pihak berkuasa.

Susulan kntroversi yang dicetuskannya dalam dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’, Rayhan telah ditahan oleh pihak Imigresen.

Susulan itu Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata Rayhan akan diusir keluar.

Dia telah disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Menaiki penerbangan MH 0196 ke Dhaka, Bangladesh pada 11 malam tadi, Md Rayhan dilihat tiba di KLIA menaiki van Jabatan Imigresen (JIM) pada 9 malam diiringi lapan pegawai jabatan berkenaan dan tangannya bergari.

Rayhan sempat lambaikan tangan kepada pengamal media

Sementara itu, Md Rayhan Kabir dilihat sempat melambaikan tangannya kepada pengamal media sebelum keluar dari negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Pada 5 Ogos lalu, Ketua Pengarah JIM dilaporkan berkata, Md Rayhan akan dihantar pulang ke negara asalnya.

Beliau dipetik sebagai berkata, Md Rayhan akan akan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini serta pas lawatan kerjanya juga akan ditamatkan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Md Rayhan akan dihantar pulang tanpa sebarang pendakwaan.

Peguam belanya, K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja dilaporkan berkata, lelaki itu akan dihantar pulang sebaik keputusan saringan COVlD-19 selesai termasuk menunggu tiket penerbangan ke Bangladesh tersedia.

Sudah mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Sementara itu Md Rayhan telah memohon kepada seluruh rakyat Malaysia dan menjelaskan beliau tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa.

“Kami sudah berjumpa dengan Md Rayhan Kabir dan dia meminta kami menyampaikan permohonan maaf.

Ini jika apa yang dikatakannya itu menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan,” kata peguamnya.

Memetik salah satu laporan media Bangladesh pula, Md Rayhan menegaskan dirinya tidak menipu ketika diwawancara stesen televisyen Al Jazeera

“Saya tidak melakukan jenayah dan tidak menipu.

Saya hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap pendatang asing.

Saya mahu maruah migran dan negara saya terjamin serta percaya semua pendatang asing dan Bangladesh akan bersama saya,” Md Rayhan.

Dalam laporan media Bangladesh itu, Md Rayhan menegaskan dirinya tidak menipu ketika diwawancara stesen televisyen Al Jazeera.

Telah Selamat Tiba di Bangladesh, dan Ini yg Berlaku

Air mata kegembiraan menyambut ketibaan warga Bangladesh Mohd Rayhan Kabir di Lapangan Terbang Antarabangsa Dhaka pagi ini.

Setelah perpisahan panjang yang berakhir dengan penangkapan dan penahanannya selama tiga minggu di pusat tahanan Imigresen Malaysia.

Akhbar Bangladesh The Daily Star melaporkan bahawa ayah Rayhan, Shah Alam, berada di lapangan terbang untuk menunggu ketibaan anaknya yang dijadual tiba dari Kuala Lumpur pada pukul satu pagi.

Setelah diusir dari Malaysia tanpa sebarang tuduhan berhubung penglibatannya dalam dokumentari kontroversi berkenaan migran.

“Kami dengan teruja menunggu anak kami pulang ke pangkuan.

Dia di sini sekarang. Kita masih dalam bulan lebaran (Aidiladha),” kata Shah Alam seperti dipetik.

The Daily Star melaporkan suasana penuh emosi penyatuan dua beranak itu, sebelum mereka berangkat pulang ke kampung mereka di Narayanganj, Dhaka.

“Saya tidak dapat menjelaskan kegembiraan ini. Berapa kali saya pergi dan pulang dalam enam tahun ini.

Kali ini ia terasa berbeza,” kata Rayhan.

“Bangladesh saya, tanah air saya, ibu dan bapa saya … Saya tidak dapat menjelaskan perasaan ini kepada sesiapa pun.

Terima kasih kepada anda semua, kepada semua yang berada di sisi saya di dalam dan luar negara,” kata Rayhan yang mencetuskan kemarahan ramai warga Malaysia.

Ini berhubung kenyataannya yang dipaparkan dokumentari Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”.

Lelaki Bangla Mohd Rayhan yg Dihalau Telah Selamat Sampai, Tapi ini yg Berlaku Padanya Di sana

Sebelum ini Rayhan berkata apa yang dinyatakannya dalam wawancara itu berdasarkan pemerhatian peribadi, termasuk pengalamannya sendiri.

“Saya tidak mahu mengubah diri. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk berkhidmat kepada orang,” katanya lagi.

Dia ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai lalu setelah Jabatan Imigresen meminta bantuan awam untuk mengesan individu yang muncul dalam dokumenteri itu.

Dalam dokumentari itu, Md Rayhan berbicara mengenai layanan pihak berkuasa Malaysia terhadap warga asing tanpa dokumen.

Ini semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penyebaran COVID-19.

Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud mengumumkan Md Rayhan akan dihantar pulang ke negara asalnya setelah siasatan polis selesai.

Selain membatalkan permit kerjanya dan memasukkannya dalam senarai hitam dari memasuki Malaysia

Sumber : zox

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *