Infomaklumat ISU SEMASA Semasa Viral

Teruk Dikecaam Kerana Hantar Surat Minta Jawatan Untuk Anak, Ikmal Hisham Akhirnya Bersuara

Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang juga Timbalan Menteri Pertahanan mengakui ada kelemahan di pihaknya berhubung cadangan permohonan perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pharmaniaga membabitkan anaknya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah berkata, isu terbabit juga sudah dijelaskan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Pada masa sama, beliau kesal berhubung surat berkenaan yang tular dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku, selain mengakui lebih berhati-hati selepas ini kerana kemungkinan juga berlaku salah faham dalam permasalahan berkenaan.

” Saya ingin menjelaskan bahawa saya sudah memaklumkan agar surat permohonan dibatalkan khususnya kepada pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) supaya tidak melantik anak saya di mana-mana pengurusan LTAT.

” Selain itu, saya akui terdapat beberapa kelemahan daripada pihak saya dan Insya-Allah, perkara ini akan diperbetulkan secepat mungkin.

” Sebenarnya surat yang diviralkan (ditularkan) terbabit sudah lama, bertarikh 5 Jun, malah anak saya sudah dimaklumkan sebelum ini bahawa dia tidak dilantik.

” Saya terkejut apabila surat ini tular, tambahan pula apabila ia berlaku sehari sebelum hari pemilihan, tetapi saya berfikiran positif dan beranggapan mungkin ia hanya kebetulan sahaja,” katanya.

Beliau ditemui dalam sidang media selepas majlis Persidangan Bersatu Parlimen Tanah Merah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1, Tanah Merah, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan anak Timbalan Menterinya, Ikmal Hisham Abdul tidak dilantik sebagai sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga.

Selain itu, beliau mengakui memberikan sokongan berhubung cadangan pelantikan anak timbalannya itu untuk memegang jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menegaskan beliau tidak mencampuri urusan pelantikan, sebaliknya menyerahkan kepada syarikat berkenaan untuk membuat keputusan.

Mengulas lanjut, Ikmal Hisham turut berterima kasih kepada Ismail Sabri yang menjelaskan kepada media bahawa tidak berlaku penyalahgunaan daripada pihaknya susulan isu yang berlaku.

” Jika diikutkan saya boleh menghantar surat secara terus kepada pengerusi LTAT, namun saya menghormati menteri dengan bertanya pendapat dan sokongannya terlebih dahulu.

” Walaupun ada surat sokongan, lantikan tetap tertakluk kepada syarikat berkenaan selain mengikut kemampuan dan kelayakan pemohon,” katanya.

Terdahulu tindakan Ikmal iti turut mendapat perhatian Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Azri atau Papgomo menggesa Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz meletakkan jawatan susulan tular surat sokongan bagi memohon anaknya dilantik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sumber : limauais

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *