Setiap insan di muka bumi ini mempunyai jalan hidup berbeza, ada yang berkemampuan tetapi ada juga yang terpaksa mengais untuk sesuap nasi.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Facebook dengan nama akaun, Nurul Dewan, memaparkan kesusahan hidup seorang bapa yang masih lagi keluar mencari rezeki, meskipun di usia yang uzur. Mari ikuti kisahnya…
Sayu tengok pakcik berjual tepi jalan
Sakit2 pun keluar kerja lagi
Anak dah pesan tak payah kerja
Jauh naik motor dari Alor Setar ke Gurun
Kesian tengok anak cari duit sorang2 tanggung keluarga
Umur dah 72, masih berjuang untuk hidup
Berjaya cari semula Pakcik Hamid
Dalam perkembangan terbaru, difahamkan Nurul sudah berjaya menghubungi Pakcik Hamid untuk menyalurkan bantuan semampu yang boleh bagi meringankan beban warga emas itu.
Malah, Nurul juga berharap akan ada ramai lagi dermawan yang sudi membantu keluarga Pakcik Hamid.
m
Tak mahu tolong jangan kecam, sangka baik la
Pun begitu, kisah Pakcik Hamid ini tidak lari daripada menerima kecaman daripada sesetengah pihak. Dalam hantaran yang lain, Nurul meminta agar berhentilah bersangka buruk, dan bantulah mengikut keikhlasan hati dan kemampuan masing-masing.
Diharapkan, dengan berkat bantuan orang ramai dapatlah sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ditanggung Pakcik Hamid dan keluarganya.
Sumber : Nurul Dewan,ohmymedia
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti