Hiburan Viral

“Dah Tak Ada Duit Sangat Ke?” – Shiera Ditempelak Gara-Gara Jual Baju Terpakai, Ini Respons Balasnya…

Baru-baru ini pelakon Sharifah Shahirah memuat naik satu posting di Instagram memaklumkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai.

Begitupun, posting itu kemudian disalah erti pihak tertentu yang mempersoalkan tindakannya yang disifatkan sebagai tidak wajar.

Bahkan, di ruangan komennya, individu berkenaan meminta agar pelakon yang dikenali dengan panggila Shiera itu untuk tidak menjual, sebaliknya memberikan sahaja kepada mereka yang memerlukan.

“Sedekah sahajalah. Sudah tak ada duit sangat ke nak jual bagai.

“Kita yang kais pagi makan pagi pun tak terfikir nak jual baju yang dah pakai,” tulisnya.

Bagaimanapun, tindakan individu tersebut kemudian mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.

Bahkan, Shiera kemudian tampil menegur individu berkenaan yang disifatkan agak kasar.

“Eh, jangan kecilkan hati orang. Kasar cakap tu. Baik sangat kamu ni sampai lupa baik orang..nampak jahat orang sahaja ya.

“Salah sebab kasar, tak siasat tu baju siapa, duit pergi mana, ni fitnah,” jawabnya.

Bahkan, dalam satu entri berasingan, Shiera turut berkongsi imej paparan tangkap layar komen-komen individu berkenaan

 

“Lama tak ada kes. Ada balik parasit dalam Instagram aku.

“Kadang-kadang bila cakap depan-depan menyakitkan hati. Ya, dia orang baik, orang bersedekah, tapi suka kecilkan hati kita.

“Dia kata IG dia orang yang kuat mengata, orang yang kurang kasih sayang, dia mengata kita, dia tak follow kita, dia kacau kita,” sindir Shiera.

Terdahulu, Shiera meluahkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai.

“Baju show nak jual…show pulak..baju pergi kenduri, pergi jalan. Di mana dan bila kita nak jual ni? Bulan ni sibuk, nanti datang bulan kita jual di Instagram,” katanya.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *