Hiburan

Serina Reda.. Hak Penjagaan Anak Milik…

Pelakon Serina Redzuawan bersyukur kerana akhirnya hak penjagaan kekal terhadap anak perempuan, Isabella Saffiya O’luanaigh, 9,  berpihak kepadanya.

Menurut Serina, selepas tiga tahun terseksa menunggu kes hak penjagaan anak dibicara di mahkamah, kini dia gembira dengan keputusan itu meskipun terpaksa berpisah dengan anak lelakinya, Tristan Tareef O’luanaigh, 10, yang diletakkan di bawah jagaan bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh

“Syukur Alhamdulillah selesai sudah kes penjagaan anak, 3 tahun kes berjalan, dah banyak air mata yang mengalir, penyeksaan yang I tanggung.

“Hari ini (semalam) mahkamah putuskan anak perempuan tinggal dengan Serina, Tristan tinggal dengan daddy dia,” katanya.

Serina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya selepas selesai perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.

Katanya, dalam masa yang sama, dia sedih dan terkilan kerana anak-anak dipisahkan dengan cara begitu, walaubagaimanapun tetap bersangka baik dengan takdir Tuhan.

“Memang sedih terkilan dengan keputusan ni, kesian anak-anak dipisahkan.

“Apa pun kita kena bersangka baik dengan Allah SWT, apa yang diaturkan itulah yang kita kena reda.

“Moga Allah sentiasa pelihara Tristan Tareef dengan iman yang kuat, pegang kukuh pada agama Islam. Mummy sentiasa ada di sisi. Tak guna nak bergaduh rebut anak ini amanah yang perlu dijaga bersama, hentikan dendam semua.

“Kita kena fokus pada kasih sayang untuk kedua dua. Terima kasih papa (Chef Wan) bagi semangat dan kekuatan,” katanya lagi.

Pada Julai 2018, mahkamah sama menolak permohonan Serina untuk mendapatkan hak jagaan sementara dua anaknya itu kerana telah ada hak penjagaan kekal yang dipersetujui bersama sebelum ini.

Mahkamah dalam keputusannya selain itu turut menegah Serina dan Gavin daripada membawa anak-anak mereka ke luar negara walaupun Serina memohon mahkamah tidak membenarkan bekas suami sahaja membawa anak ke luar negara.

Perintah itu terpakai sehingga kes induk permohonan Serina untuk mengubah perintah berkenaan.

Pada 27 Julai 2017, Serina telah memberikan hak penjagaan kekal dua anaknya itu kepada bekas suaminya itu melalui penghakiman persetujuan berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang telah dipersetujui bersama.

Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Tristan Tareef, 10 dan Isabella Saffiya, 9.

 

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah selesai sudah kes penjagaan anak, 3 tahun kes berjalan, dah banyak air mata yang mengalir, penyeksaan yg i tanggung, hari ni mahkamah putuskan anak perempuan tinggal dengan Serina, Tristan tinggal dengan daddy dia. Memang sedih terkilan dengan keputusan ni, kesian anak anak di pisahkan.Apa pun kita kena bersangka baik dengan Allah SWT,apa yg di aturkan itulah yg kita kena redha. Moga Allah sentiasa pelihara Tristan Tareef dengan iman yg kuat, pegang kukuh pada agama islam. Mummy sentiasa ada di sisi.Tak guna nak bergaduh rebut anak ini amanah yg perlu di jaga bersama, hentikan dendam semua. Kita kena fokus pada kasih sayang untuk kedua dua. Terima kasih papa @_chefwan58 , bagi semangat & kekuatan, Danial manager ku, Lawyer yg bekerja keras Dato Seri Hj Amli , @ezlynnariffin @aslinazati sudi teman i pagi tadi bagi sokongan.Terima kasih juga kepada keluarga, peminat serta semua yg mendoakan.

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *