Hiburan ISU SEMASA Viral

Ustaz Abu Syafiq Selar Wanita Berpakaian Ketat Ketika Berbasikal – “Kalau Kemalangan M4ti Katak Macam Tu Ja …”

Pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq menegur pemakaian golongan wanita ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Menurut Abu, sudah jelas haram sekiranya memilih untuk mengenakan pakaian yang ketat.

“Pakaian wanita berbasikal yang jenis ketat sudah pastilah HARAM. Bayangkan kalau terkemalangan.

“Mati katak macam tu ja lah dengan dosa,” tulisnya di Instagram (IG).

Sementara itu, Abu turut menyindir sikap wanita yang tidak mengemas rumah gara-gara berbasikal.

 

“Berbasikal tapi rumah bersepah dan busuk tak kemas. Malu lah wei!” tulisnya lagi.

Walaubagaimanapun, Abu tidak menyatakan kepada siapa posting itu dituju.

 

Abu Syafiq hairan wanita ingin disamannya tukar jadi laki-laki

Pendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq hairan apabila wanita yang ingin disaman kerana memfitnahnya kini bertukar menjadi laki-laki.

Dalam satu hantaran di media sosial, Abu Syafiq berkata beliau ingin mengemukakan saman kepada individu berkenaan kerana mendakwa dirinya telah mengkafirkan orang.

“Inilah wajah orang yang telah memfitnah saya. Dia memfitnah saya kononnya saya mengkafirkan orang Islam dan menghina kerja amal.

“Saya bersumpah demi Allah saya tidak mengkafirkan orang Islam dan tidak hina pekerjaan baik orang Islam.

“Siapa jumpa orang ini sila buat laporan polis ya. Dan bagi tahu dia saya ‘kirim salam’ serta bertanya kenapa wajah anda dah jadi gelap dan bermisai?” tulis beliau di laman sosial Instagram.

Abu Syafiq turut memuat naik gambar wanita yang didakwa memfitnahnya dengan dua versi berbeza termasuk memiliki misai.

Abu Syafiq sebelum ini mengundang kontroversi apabila dikatakan “mengkafirkan” penyampai motivasi dan ahli perniagaan Ebit Liew.

Pendakwah bebas itu pada 23 April memaklumkan bahawa laman Facebooknya telah digodam pihak tertentu.

Ini setelah laman itu meninggalkan komen yang mengkafirkan seorang lagi pendakwah bebas, Ebit Lew, berdasarkan gambar tangkap layar laman berkenaan hari ini.

“Penting. Page Facebook saya kena godam. Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary atas nama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

“Harap maklum. Saya Ahli Sunnah wal Jamaah, tidak kafirkan orang Islam. Harap maklum,” kata Abu Syafiq dalam satu teks pesanan kepada Malaysiakini.

Pada 7 Mei lalu, ekoran kontroversi itu Abu Syafiq memfailkan saman terhadap Amin Idris selepas personaliti televisyen terbabit enggan membuat permohonan maaf secara terbuka dan memadam kenyataan didakwa berbaur fitnah.

Peguam mewakili Abu Syafiq, Nurul Hafidzah Hassan, mengesahkan saman ke atas Amin dan seorang individu lain yang tidak didedahkan identitinya difailkan di mahkamah Sesyen Shah Alam dan Kuantan.

Menurut peguam dari firma NHA Advocates and Solicitors itu Amin disaman atas dakwaan memuat naik kenyataan memusnahkan jenama peribadi, imej dan reputasi Abu Syafiq.

Amin, 39, sebelum itu memuat naik kenyataan melalui akaun Facebook ekoran kecaman Abu Syafiq ke atas seorang lagi pendakwah bebas iaitu Ebit Lew.

Perkongsian Amin itu menjadi tular sebaik ia dimuat naik ke media sosialnya.

Sumber : Gempak,malaysiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *